Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih

Friday, July 29, 2011

Puasa Oh Puasa...!

Assalamualaikum...

dah lama tak updated blog...bukannya apa, terlalu busy dengan tugasan harian. Dalam diam tak diam lagi beberapa hari lagi kita umat islam akan menyambut bulan ramadhan....Sudahkah kita, Wanita terutamanya mengganti puasa yang tidak cukup pada ramadhan yang lalu?? harap-harap semuanya sudah diganti.....

Puasa daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan dan minum untuk jangkamasa tertentu. Dalam erti kata yang lain, Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh.Kita  juga menghidupkan sunat dan adab puasa  seperti bersahur, menyegerakan berbuka, bertarawih, bersedekah dan membaca al-Quran.Tetapi itu saja tidak mencukupi. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.  Menurut  Sheikh  Said Hawwa  di dalam kitabnya alMustakhlas fi Tazkiyatun Nafsi, terdapat enam syarat tambahan yang perlu diberi perhatian oleh orang yang benar-benar berhajat meninggikan kualiti puasanya: 
  1. A)  Memejamkan mata serta mengekangnya jangan sampai memperluas, atau memperdalamkan  penglihatan, yakni melihat dengan berlebih-lebihan kepada segala sesuatu yang tercela dan tidak baik dan dibenci oleh agama.  Demikian pula melihat apa saja yang menyebabkan  hati terpesona, sehingga lalai daripada mengingati Allah. 
  2. B) Menjaga lisan dari perkataan yang tidak masuk akal atau senda-gurau yang melampaui batas, atau berkata kotor, atau berkata yang sia-sia, atau berdusta  atau mengumpat, atau mengadu domba atau berkata jijik, atau bertengkar atau memamerkan diri sendiri.  Sebaliknya  hendaklah diam atau mengurangkan bicara yang tidak perlu dan menyibukkan diri dengan berzikir kepada Allah gemar membaca al-Quran atau kitab-kitab agama. 
  3. C) Menahan diri dari mendengar apa yang tidak disenangi dari ukuran agama, sebab setiap perkara yang haram diucapkan maka menjadi haram mendengarnya. 
  4.   D) Menahan anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa khususnya tangan dan kaki jangan sampai melakukan hal-hal yang  terlarang menurut kacamata  agama.  Begitu juga menahan perut dari makan apa-apa yang bukan sahaja haram tetapi juga yang syubhat, terutama di saat berbuka puasa. 
  5. E) Menahan diri dari terlalu banyak makan atau menyediakan pelbagai makanan ketika berbuka, sekalipun makanannya halal, sehingga perut  sekan-akan tidak memuatnya lagi.  Sebab tiada wadah yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh terisi.  Puasa ialah untuk mematahkan segala macam kesyahwatan, maka adakah orang yang puasa itu wajar memupuk kembali syahwatnya ketika berbuka?  Sepanjang hari ia menekan nafsu maka ia adakah bermaksud membalas dendam nanti di waktu berbuka?  Pada siangnya, masih ketika berpuasa,  ia membeli ini dan itu yang berupa makanan dan waktu berbuka akan dihabiskan semua sekali.  Maka tujuan puasa untuk melemahkan nafsu syahwat tetap tidak berhasil.  Sewajarnya,  sediakanlah makanan dan makanlah sekadar  seperti mana hari-hari biasa di bulan lain, tanpa berlebih-lebihan atau mengistimewakannya sehingga merangsang lagi nafsu. 
  6. F) Hendaklah hatinya menggantung  harap dan takut mengenai diterima atau tidak puasanya hari itu.  Hatinya berdebar-debar dan tidak tenteram; kerana belum ada kepastian.  Jika diterima, pasti termasuk dalam golongan almuqarrabin yang mempunyai pelbagai keistimewaan.  Jika tidak, maka pasti tergolong ke dalam golongan yang tertolak amalannya, lagi dimarahi dan dimurkai-Nya.  Orang yang tertipu oleh dirinya sendiri mengira ibadatnya pasti diterima, padahal ada kemungkinan tidak demikian.  Nanti pada hari kiamat ia akan terkejut mengapa Allah tidak menerima malannya!   

Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah). Semoga Allah swt  menerima membantu kita mengamalkan dan istiqamah dengan keenam-enam perkara di atas ke arah meningkatkan kualiti puasa kita. 


Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

0 comments:

Post a Comment

Originally By Diana Hana