Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih
Showing posts with label Herba Rempah Ratus. Show all posts
Showing posts with label Herba Rempah Ratus. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Kranberi Untuk Kesihatan Gigi & Kulit



Hai semua, hari ni saya nak share sedikit info dengan anda semua. Bagi yang ada masalah kesihatan gigi dan kulit info ini amat berguna untuk anda. 

Buah kranberi bukan saja menghalang jangkitan pundi kencing, tetapi turut berupaya mencegah bakteria daripada melekat pada gigi sekaligus menjadikan gigi berada dalam keaadaan bersih nagi tempoh yan lebih lama. Masalah nafas berbau juga dapat diatasi dengan kranberi kerana keupayaanya memusnahkan bakteria berbau busuk penyebab nafas berbau.

 

Bukan itu sahaja, buah kranberi juga mampu mencantikkan dan menyihatkan kembali kulit kusam dan berkedut. Malah kemampuan buah beri itu dalam menyerap radikal oksigen atau ORAC dipercayai dapat mencerahkan dan meremajakan kulit.

Kranberi juga dikatakan mampu menguatkan dan menyihatkan otot serta tulang kanak-kanak. Di samping turut berkesan menjaga kesihatan kulit dan mengurangkan risiko jangkitan penyakit.





Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Tuesday, July 5, 2011

Asam hai asam!!


buah asam jawa

Asam hai asam tu la tajuk N3 petang ni. Kali ni kite nak sembang tentang empat ramuan penting dalam masakkan yang mempunyai fungsi yang sama dan berbeza dalam setiap masakkan. Ramuan yang dimaksudkan ialah air limau, cuka, asam gelugur dan asam jawa. Fungsi keempat-empat ramuan ialah sebgai ejen pemasam dalam masakkan dan berperanan secara tersendiri bagi sesetengah masakan.

Contonya, kalau kita masak asam pedas ataupun asam rebus, rasa masam kuah tidak boleh datang daripada campuran cuka dan air limau. Mahu tidak mahu ia mesti datang daripada air asam jawa ataupun asam gelugur. Kalau kita nak masak acar, rasa masamnya itu mesti datangnya daripada cuka, dan bukanya limau, asam jawa ataupun asam gelugur. Jelasnya di sini, semuanya mempunyai peranan masing-masing dalam masakkan.

buah lemon
Limau Nipis
Bagaimanapun peranan dan fungsi pemasam itu boleh digunakan dalam beberapa resepi dan boleh dijadikan sebagai ramuan alternatif. Contohnya, sambal kicap kalau tak ada limau nipis, limau kasturi ataupun lemon  digunakan cuka ataupun asam jawa pun boleh. Betul tak? Ingin saya bagi contoh-contoh lain bagaimana keempat-empat ramuan ini boleh dijadikan bahan alternatif antara satu sama lain dalam beberapa masakkan, tetapi jarang diperaktikkan. Antaranya, kalau kita masak sambal cili merah ataupun cili padi, selain menggunakan asam jawa dan gelugur, kita boleh mengunakan asam limau ataupun cuka. Ia lebih enak dan tahan lama. Lagi satu, sambal kita tak bertukar warna jika menggunakan ramuan tersebut. Begitu juga kalau kita nak masak kari, perahkan limau dengan santan. Tak perlu lagi bubuh air asam jawa.

Selalaunya kalau di laur negeri, rakyat Malaysia yang sukar mendapatkan asam jawa, air perahan lemon digunakan. Saya sendiri kalau dirumah, lebih suka menggunakan air limau dengan cuka kalau tak ada asam jawa. Pendek kata apa pun kita mesti tahu peranan keempat-empat ramuan tersebut.

Buah gelugor yg blum di asamkn lgi

Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Monday, July 4, 2011

Daun Sup, Saderi atau Seleri?


Ada yang menyebutnya daun sup, saderi dan seleri. Dalam bahasa inggeris ia dinamakan celery. Mungkin ada kekeliruan, dan apakah antara tiga istilah tersebur menunjukkan perbezaan? Daun sup, daun yang digunakan dalam masakkan sup itu sebenarnya sama saja dengan saderi. Orang kita namakannya daun sup sebab ia digunakan dalam masakkan tersebut, padahal namanya ialah saderi. Seleri pula, kata orang putih! Sekarang  yang sebetulnya hanyalah saderi dan seleri. Daun sup hanyalah istilah julukkan sahaja.

Nama botaninya ialah apium graveolens L. Daun sup yang kaya dengan protien, karbohidrat, kalsium, fosforus dan zat besi ddipercayai mampu mencegah pelbagai penyakit seperti darah tinggi, uterus berdarah dan paras kolestrol dalam darah. Walaubagaimanapun, ia tidak sesuai kepada mereka yang menghidap kudis buta.

Saderi ditanam sebenarnya untuk daun dan batangnya. Selain saderi yang digunakan untuk masakkan sup, ia juga ditanam kerana batangnya. Spesies saderi yang ditanam kerana batangnya yang tebal dan warna kuning ialah apium graveolens var dulce. Ia mula ditanam pada 1923 oleh rakyat Parancis. Ia lebih wangi berbanding yang ditanam di Eropah. Saderi kaya dengan vitamin A, B1, B2, kalsium, zat besi, magnesium, sodium, asid folik, karotena dan potassium. Tonik yang terdapat dalam saderi sesuai untuk menguatkan otot, pembuluh darah, migrain, darah tinggi, gout, reumatik dan artritis. Saderi batang ini pula kaya dengan serat yang bersifat alkali dan baik untuk mereka yang mengamalkan diet. Pada zaman Roman, saderi digubah menjadi mahkota untuk dihadiahkan kepada altlet dan turut digunakan semasa upacra pengebumian.

Leek Dan Daun Bawang



Leek yang tergolong dalam keluarga bawang, biasanya digunakan dalam masakkan sup dan rebus. Rasanya lebih rangup, lembut dan sedikit manis apabila dimasak. Leek atau nama saintifiknya allium porrum dari keluarga lili ini baunya seakan bawang. Leek dikatakan berasal dari Wales. Pada era Cadwallader dan Saxon, rakyat melilit leek pada topi untuk membezakan mereka dengan musuh. Tumbuhan ini kaya dengan vitamin C, zat besi, fiber, sulfur dan rendah sodium. Dalam bidang perubatan, leek dipercayai dapat mencegah diuretik, mengurangkan tekanan darah tinggi dan batuk. Daun bawang atau nama saintifiknya allium fistulosum L, adalah daun kepada bawang. Ia berbeza dengan leek. Ia kaya dengan vitamin C, B1, B2, A, niasin dan glutinos.
Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Friday, July 1, 2011

Pegaga 0h..! Pegaga



Setia tumbuhan di muka bumi ini sememangnya mempunyai pelbagai khasiat dan mempunyai fungsi kegunaannya. Namun ada juga dikalangan kita manusia kurang mengambil peduli mahupun kurang mengetahui setiap fungsi dan kegunaan tumbuh-tumbuhan ini. Sebagai contohnya pagaga. Pokok pegaga juga dikenali sebagai pokok antanan dan dalam bahasa inggerisnya pula dikenali sebagi pennywort. Pokok pegaga adalah sejenis pokok ulam yang banyak ditanam di Malaysia serta di negara-negara ASEAN. Nama botaninyaCentella asiatica. Di Malaysia, terdapat pelbagia jenis pegaga iaitu pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil,Pokok Pegaga Daun Lebar,Pegaga Embun - Hydrocotyle sibthorpiodes, Pokok Pegaga Kelantan,Pokok Pegaga RenekPokok Pegaga SaladPokok Pegaga GajahPokok Pegaga Brunei. Tumbuhan kecil ini besar khasiatnya. Ia kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi, sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang.


Ramai yang percaya amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan. Namun terdapat dalam kajian menunjukkan ia boleh dimakan selalu tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja bagi mendapatkan kesan positif. Ini kerana pengambilan yang berlebihan akan mengakibatkan kesan narkotik dan keracunan kumulatif yang meransang tumor untuk jangkamasa yang panjang.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf pegaga sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutamanya di kalangan kanak-kanak. Pegaga yang dikenali juga sebagai Centella asiatica telah diperakui WHO kerana kaya dengan pelbagai ramuan ubatan.


Di negara kita Malaysia, pegaga banyak terjual di pasar terutama pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam.Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan. Di India, pegaga digunakan dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk serta  digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas. Di China, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular

Daun pegaga berfungsi sebagai astrigensia dan tonikum. Pegaga juga digunakan untuk revitalisasi tubuh dan otak yang lemah serta untuk kesuburan wanita.


Antara khasiat lain pegaga ialah:
  • penawar alahan
  • anti kanser
  • melawaskan air kencing
  • penawar batu karang
  • penawar kencing berdarah
  • penawar ulser
  • merangsang peredaran darah
  • merawat cirit birit
  • menurunkan tekanan darah  
  • Pembengkakan Hati
  • Demam, Campak
  • Sakit Tekak, Batuk Kering,
  • Asma, Brokitis, Pleuritis
  • Radang Mata Merah
  • Keputihan
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
  • Tidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
  • Keracunan Makanan
  • Batuk Darah, Muntah Darah
  • Busung, bisul
  • Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor)
  • merangsang otak – kuat daya ingatan (mencegah nyanyuk)
  • melambatkan proses penuaan

Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Saturday, June 18, 2011

KeTumbAr



Ketumbar atau dalam nama saintifiknya Coriandrum sativum adalah tergolong dalam jenis tumbuhan  herba semusim iaitu  Apiaceae.Ketumbar berasal dari Eropah Selatan, Afrika Utara dan Asia Barat Daya. Ada yang mempercayai ketumbar mula ditanam di Persia pada 3,000 tahun lalu dan dijadikan sebagai salah satu bahan membuat minyak wangi di zaman Babylon. Di India, tonik ketumbar dijadikan ubat pelega batuk. Ada pula berpendapat ia mula ditanam sejak 5,000 tahun lalu. Rujukkan mengenainya mendapati pokok ketumbar ada di sebut dalam kitab injil dan juga dalam tulisan Sanskrit. Biji ketumbar juga pernah dijumpai dalam keranda masyarakat Mesir dahulu kala.


Kebiasaannya, terutamanya  daun segar dan benih keringnya yang sering dijadikan bahan masakan. Ketumbar menjadi ramuan biasa dalam masakan Timur Tengah, Asia Tengah, Mediterranean, Asia Selatan, Mexico, Texas, Amerika Latin, Cina, Afrika dan Asia Tenggara. Ketumbar juga digunakan untuk membuat minuman keras witbier dari Belgium.


7 Perkara Menarik Tentang Ketumbar  

  1.  Ahli fizik Greek, Dioscorides dan beberapa penulis buku perubatan herba mendapati ketumbar boleh meningkatkan daya seks lelaki. Selain itu ia dipercayai juga dapat menghilangkan sakit perut kerana sifatnya yang semulajadi pans.
  2. Sejak zaman Roman lagi, ketumbar digunakan sebagai bahan memerap daging. Selain biji ketumbar, daging diperap dengan campuran cuka dan kunyit.
  3. Minyak biji ketumbar berfungsi sebagai antibakteria terhadap beberapa organisma. Pada umumnya, dengan pengambilan biji ketumbar yang banyak ia berguna kepada sistem saraf dalam badan, dan mengelakkan kekejangan otot. Bagi penghidap ulser mulut, ia dapat disembuhkan dengan mengunyah biji ketumbar.
  4. Bagi ibu yang hamil dan menyusukan anak, anda tidak digalakkan mengambil makanan yang banyak menggunakan ketumbar dalam bentuk daun ataupun bijinya.
  5. Jika anda mengalami masalah hilang selara makan dan kembung perut, ambil dua sudu kecil biji ketumbar dan rebus dengan tiga gelas air, menjadi segelas air. Minum air rebusan tu tiga kali sehari.
  6. Bagi mereka yang elergi dengan sayuran jenis saleri, anda tidak digalakkan makan ketumbar kerana ia datang dari keluarga yang sama.
  7. Pokok ketumbar mengandungi protein, karbonhidrat, kalsium, fosforus, zat besi, karotena, vitamin B1, B2 dan C, serta niasin. 
Sumber :http://ms.wikipedia.org/wiki/Ketumbar
                Majalah Saji keluaran Ogos 2005. 

Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Originally By Diana Hana