Ada yang menyebutnya daun sup, saderi dan seleri. Dalam bahasa inggeris ia dinamakan celery. Mungkin ada kekeliruan, dan apakah antara tiga istilah tersebur menunjukkan perbezaan? Daun sup, daun yang digunakan dalam masakkan sup itu sebenarnya sama saja dengan saderi. Orang kita namakannya daun sup sebab ia digunakan dalam masakkan tersebut, padahal namanya ialah saderi. Seleri pula, kata orang putih! Sekarang yang sebetulnya hanyalah saderi dan seleri. Daun sup hanyalah istilah julukkan sahaja.
Nama botaninya ialah
apium graveolens L. Daun sup yang kaya dengan protien, karbohidrat, kalsium, fosforus dan zat besi ddipercayai mampu mencegah pelbagai penyakit seperti darah tinggi, uterus berdarah dan paras kolestrol dalam darah. Walaubagaimanapun, ia tidak sesuai kepada mereka yang menghidap kudis buta.
Saderi ditanam sebenarnya untuk daun dan batangnya. Selain saderi yang digunakan untuk masakkan sup, ia juga ditanam kerana batangnya. Spesies saderi yang ditanam kerana batangnya yang tebal dan warna kuning ialah
apium graveolens var dulce. Ia mula ditanam pada 1923 oleh rakyat Parancis. Ia lebih wangi berbanding yang ditanam di Eropah. Saderi kaya dengan vitamin A, B1, B2, kalsium, zat besi, magnesium, sodium, asid folik, karotena dan potassium. Tonik yang terdapat dalam saderi sesuai untuk menguatkan otot, pembuluh darah, migrain, darah tinggi, gout, reumatik dan artritis. Saderi batang ini pula kaya dengan serat yang bersifat alkali dan baik untuk mereka yang mengamalkan diet. Pada zaman Roman, saderi digubah menjadi mahkota untuk dihadiahkan kepada altlet dan turut digunakan semasa upacra pengebumian.
Leek Dan Daun Bawang
Leek yang tergolong dalam keluarga bawang, biasanya digunakan dalam masakkan sup dan rebus. Rasanya lebih rangup, lembut dan sedikit manis apabila dimasak. Leek atau nama saintifiknya
allium porrum dari keluarga lili ini baunya seakan bawang. Leek dikatakan berasal dari Wales. Pada era Cadwallader dan Saxon, rakyat melilit leek pada topi untuk membezakan mereka dengan musuh. Tumbuhan ini kaya dengan vitamin C, zat besi, fiber, sulfur dan rendah sodium. Dalam bidang perubatan, leek dipercayai dapat mencegah diuretik, mengurangkan tekanan darah tinggi dan batuk. Daun bawang atau nama saintifiknya
allium fistulosum L, adalah daun kepada bawang. Ia berbeza dengan leek. Ia kaya dengan vitamin C, B1, B2, A, niasin dan glutinos.
Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka
0 comments:
Post a Comment