Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih

Thursday, July 7, 2011

Apakah Itu Acai Berry


Buah acai adalah buah nombor 1 dalam kategori 'Superfruit'. Hal ini terbukti apabila kajian menunjukkan ia kaya dengan lemak, protien, kalsium, asid amino, vitamin dan anthocyanim. Flesibiliti dari acai berry ini membuatkan ia menjadi buah pilihan terkini. 


Tinggi Tahap Antioksidan 


Antioksidan yang terkandung dalam acai berry adalah 10 kali ganda dari buah anggur dan dua kali ganda dari blueberry. Antioksidan membantu mempercepatkan pembahagian sel, mengurangkan kedutan dan memelihara kulit.


Kaya Dengan Lemak Yang Sihat. 


Acai berry kaya dengan asid lemak esensial yang dapat membantu untuk mengawal kolestrol LDL yang tidak diperlukan dan menjadi HDL kolestrol yang diperlukan dalam tubuh manusia.

Kaya Antioksidan 


Antioksidan amat diperlukan sebagai sebatian untuk menetapkan kolestrol, akhirnya mampu mencegah penyakit jantung.

Sumber Terbaik Untuk Asid Amino Dan Protien


Para saintis telah menemui dan dikenalpasti bahawa ada lebih dari 19 jenis asid amino dalam diet acai berry dan ia mempunyai lebih dari 8 gram protien per 100 gram produk.

Excellent Sumber Vitamin Dan Mineral 


Vitamin dan mineral yang telah dijumpai dalam acai berry termasuk, vitamin A, B1, B2, B3, C, F, kalsium, magnesium, zink dan tembaga.

Sistem Pencernaan Lebih Sihat

Acai berry yang kaya dengan serat makanan dapat membantu mengurangkan kolestrol dalam darah dan meningkatkan sistem pencernaan.

Kelebihan Acai Berry 


Acai berry memiliki sifat gizi dan kaya dengan:

  • Lemak Omega (jenis yang baik, tidak seperti lemak yang ditemui dalam makanan segera)
  • Asid amino
  • Antioksidan
  • Protien
  • Vitamin A, B1 dan E 
Orang-orang dari Amazon telah menggunakan acai berry selama bertahun-tahun kerana mereka tahu tentang kelebihan itu. Sudah diguanakan dalam pelbagia sajian pemakanan sperti sarapan, minuman, makanan lewat petang atau malam. Ini kerana mereka yakin akan keperluan tubuh badan mereka dapat dipenuhi dengan segala kebaikkan yang terdapat dalam acai berry. Nutrisi acai berry terbukti mempunyai manfaat yang amat besar, dan ia harus menjadi pemakanan tambahan dalam menu pemakanan sehari-hari.



Permakanannya secara berterusan dapat membantu:

  • Mengurangkan berat badan.
  • Membantu dengan disfungsi seksual
  • Merawat insomnia
  • Memnbantu mengurangakan komplikasi diabetes.
Nutrisi yang kuat mampu memberikan manfaat kesihatan yang luar biasa. Itulah sebabnya mengapa acai berry sudah begitu menonjol dipaparkan diperingkat antarabangsa dan diantara programnya "Talk Show" seperti The Today Show, Oprah Winfrey Show dan banyak lagi.


Para penyelidik di University of Florida menguji kelebihan acai berry dan didapati terdapat element penting darinya yang dapat membantu dalam usaha mnghapuskan sel-sel leukemia yang sedang membiak. Ini bukan untuk mengatakan bahawa acai berrt dapat menyembuhkan kanser, namun sekurang-kurangnya kajian menunjukkan amalan memakan acai berry secara berterusan membantu memperbaiki tahap kesihatan kita ke arah yang lebih baik.
Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

0 comments:

Post a Comment

Originally By Diana Hana