Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Monday, May 6, 2013

TIPS CINTA SUAMI ISTERI

 

19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI | TIPS KASIH SAYANG |

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Sunday, May 5, 2013

Daun Sirih Untuk Mengubati Sakit Mata

 
Daun Sirih untuk mengobati sakit mata

Caranya siapkan lima lembar daun sirih segar. Masaklah air cukup untuk sepiring atau lebih kurang 600cc air bersih. sambil menunggu air mendidih, cuci bersih daun sirih dan remas-remas atau hancurkandaun sirih di atas piring (lebih baiknya anda gunakan piring porselain). hal ini untuk mengeluarkan getah dan zat anti septic daun sirih. mengapa harus menggunakan piring porselain? opsi ini hanya untuk mengetahui seberapa banyak kotoran pada mata anda.

Setelah air mendidih tuangkan ke dalam piring yang sudah berisi remasan daun sirih tadi. tunggu hingga air sampai dingin kemudian saring airnya. langkah berikutnya rendamlah mata Anda yang sakit atau kemasukan debu pada piring yang berisi air sirih yang telah di saring.sambil di rendam lakukan gerakan buka dan tutup mata anda dalam air sirih tersebut, lakukan ini lebih kurang 2 menit utuk setiap bagian mata. kemudian ulangi lagi sampai anda merasakan bahwa debu sudah bersih dari mata anda. Namun jika anda megalami sakit mata lakukan secara rutin 3 hari berturut-turut.

Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Saturday, February 4, 2012

Mengatasi Kelemumur


Hai semua, 
Selamat Menyambut Maulidul Rasul kepada semua umat islam  di seluruh dunia.

Hari ni nak share satu petua mudah untuk korang semua.
Ada banyak kelemumur di kepala??
Mengotorkan rambut..
Macam mana nak hilangkannya??

Jom try petua mudah ini, korang pasti suka...

1) Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15minit.
Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan saja dapat di atasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.

2) Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya.
Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu.
Gosok rata-rata biarkan selama 15 minit. 
Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan duan kali seminggu.

3) Rendam halba dan halba selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. 
Lakukan dua kali seminggu.



Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Wednesday, February 1, 2012

Mencantikkan Kuku!


Hai semua, selamat petang
Dah lunch ke?? ^_^
Saya baru nak lunch ni.. busy sangat hari ni.
Orang lain dah nak masuk minum petang, saya baru nak lunch kan.
Tapi tak apalah, asalkan perut tak kembung penuh angin sudahlah ya.. hehe

Hah! ni ada tips yang sangat berguna, mudah dan senang serta menjimatkan duit lagi tu..hehee ^_^
Bajet pun tak besar, jadi bolehlah anda trynya di rumah.
Saya percaya si gadis di luar sana pasti suka...^_^

Ikuti tips di bawah ni:

Mula-mula sapukan kuku dengan losen tangan yang mempunyai haruman lavendar.
Kemudian, lakukan sedikit urutan dengan perlahan.
Mulakan dari satu jari ke jari yang lain.
Selepas itu, pusingkan pergelangan tangan dengan perlahan.
Dan akhir sekali, gosokkan ia sehingga ke paras siku.



Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

3 Langkah Rambut Panjang Lebih Cepat


Hai readers, bersiaran lagi hari ni.
Wah! cepat sungguh masa berlalu, dah masuk bulan februari pun kan.
Januari 2012 dah pun meninggalkan kita.
Syukur kepada-Nya, kerana memberi kita peluang untuk terus bernafas di bumi-Nya ini.

Ok, hari ni ada tips yang ingin di kongsi. Tips ini senang dan mudah untuk di cuba. Kepada yang teringin rambutnya panjang dengan cepat boleh try tips ni.

1) Buang Rambut Rosak 

Hujun-hujung rambut yang rosak (kering/pecah-pecah) akan melarat hingga ke setiap helaian rambut dan menyebabkan helaian rambut kita rosak. Akibatnya, secara keseluruhan rambut akan jadi lebih cepat rosak dan turut mempengaruhi rambut-rambut baru yang tumbuh. Anda perlu 'trim' hujung-hujung rambut setiap 8-10 minggu sekali di salun. Katakan kepada pendadan rambut, yang anda ingin memanjangkan rambut.
Biasanya pendadan rambut akan memotong rambut anda dalam keadaan kering kerana sukar untuk mengesan hujung rambut yang pecah dalam keadaan basah.


2) Manjakan Rambut 

Rambut panjang adalah rambut yang tua dan cenderung rapuh.
Jadi kita perlu menjaga rambut panjang dengan lebih berhati-hati. Pilih syampu yang lembut dan mengandungi formula yang melembapkan. Jika kita menggunakan hairdrye, kita perlu menggunakan perapi dan serum setelah selesai bersyampu.
Keadaan ini berguna untuk melindungi rambut dari suhu tinggi. 
Seminggu sekali gunakan masker khusus untuk rambut.
Selain itu, berhati-hati sewaktu mendadan rambut dan jangan terlalu kerap.

3) Biarkan Kulit Kepala Bernafas 

Rambut yang tertutup terus menerus akan membuatkan minyak dan kotoran berkumpul pada akar rambut sehingga kulit tidak boleh bernafas dan ia boleh menjejaskan pertumbuhan rambut kita. 
Bagi membolehkan pertumbuhan rambut berjalan dengan baik, kita perlu memastikan kulit kepala sentiasa bersih. Jika anda kerap berpeluh atau rambut berminyak, anda perlu bersyampu setiap hari dengan menggunakan syampu yang berfomula lembut.








Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Monday, January 30, 2012

Putih Bersih Dengan Sayuran...


Hai semua, bersiaran lagi di pagi hari ni.
Tertarik tak baca tajuk entri kali ni???
hehe..(^_^)
Entri kali ni khusus untuk wanita yang lelaki pun kalau nak cuba, boleh saja.
Pasti tak mengecewakan anda.

Ini adalah tips kecantikkan untuk wajah putih bersih dengan menggunakan sayuran.
Untuk memutihkan wajah, kita hanya perluka labu, timun, dan kacang soya.

Labu yang kaya dengan vitamin B, C, lemak dan protien, dapat mencerahkan dan mengurangkan kesan kemerahan pada kulit. Manakala timun pula, khasiatnya juga dapat memutihkan kulit, dengan syarat tidak mencampurkannya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C. Sementara kacang soya berfungsi untuk diet yang seimbang, melembap dan mengatasi masalah pada kulit.

Cara untuk membuat ramuannya, hancurkan 150 gram labu yang terlebih dahulu telah direbus. Hancurkan sebiji timun yan berukuran panjang sedang dan 50 gram kacang soya dengan menggunakan mesin pengisar.

Setelah membersihkan wajah, jadikan campuran labu tadi sebagai masker dan biarkan selama 20 minit dan bersihkan dengan air yang bersih.











Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Sunday, January 29, 2012

Petua: Untuk Kulit Kering & Kasar


Hai semua, bersiaran lagi kita hari ni. ^_^
Hari ni nak berkongsi sedikit petua dengan anda semua.

Ingin kulit cantik semula jadi??
Mestilah nak kan.. ^_^
Jadi apa lagi, jom serlahkan kejelitaan anda dengan rahsia alam yang tinggi khasiatnya iaitu dengan buah avokado...
Petua kali ini untuk kulit kering dan kasar..

Bahan-bahannya:

1/4 buah avokado
1 biji putih telur
1 sudu makan perahan lemon
2 sudu makan oatmeal.

Cara-caranya:

1) Campurkan kesemua bahan dan kacau hingga rata
2) Kemudian sapukan pada tangan, mulai dari telapak tangan sehingga ke pergelangan tangan
3) Biarkan selama 20 minit
4) Kemudian bilas dengan air suam dan tengok hasilnya.









Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Thursday, January 19, 2012

List Persediaan & Persiapan majlis Perkahwinan


Hai semua, diharap semuanya sihat-sihat belaka. Hari ni ada sedikit perkongsian yang ingin dikongsi bersama anda semua. Dengar title entri ni pun dah rasa macam best je kan..hehe 

Bagi yang ingin merancang melangsungkan majlis perkahwinan diharapkan dapat membantu dengan adanya list ini. Mungkin juga ada yang dah pening memikirkan persiapan untuk hari bahagia ni. Di harap semuanya dalam keadaan yang baik dan terkawal. Merancanglah dengan bijak dan teratur agar hari majlis anda berlangsung dengan jayanya. 

Persiapan Awal

1) Kursus Pra-perkahwinan
2) HIV test
3) Dokumen (semua yg berkaitan)
4) Kad jemputan majlis
5) Setem pos kad jemputan
6) Banner
7) Pilih tema majlis (kedua-dua belah pasangan pengatin)
8) Pilih menu makanan untuk tetamu ( jika menggunakan khidmat katering)

Anda juga boleh masukkan ke dalam list tersebut rawatakan kecantikkan, urutan & spa dan lain-lain lagi yang anda rasakan perlu.

Majlis Akad Nikah

1) Baju nikah, tudung, dan veil (perempuan)
2) Baju nikah, samping, dan songkok (lelaki)
3) Upacara batal air sembahyang (rantai, cincin, gelang tangan)
4) Mas kahwin
5) Upah kadi
6) Doogrift ( contoh: bunga telur, cenderamata, kuih, sweet)
7) Bantal duduk
8) Photographer
8) Make up (mak andam)

Majlis Sanding

1) Baju sanding, tudung, dan veil (perempuan)
2) Baju sanding (lelaki)
3) Make up & aksesori
4) Bunga tangan
5) Pelamin
6) Pintu gerbang
7) Bunga mangar
8) Kompang
9) PA system
10) Photographer
11) Baju family
12) Pengapit
13) Wedding cake
14) Hiasan meja beradap
15) Meja tetamu & khemah
16) Bunga/ Bunga penangah
17) Hiasan bilik pengatin
18) Doorgrift (contoh: bunga telur, kuih, sweet) 

Jika ada yang tertinggal atau nak tambah apa-apa silakan. Diharapakan dapat membantu anda-anda yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan nanti.




Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Tuesday, January 3, 2012

Tutorial: Mendapatkan Kembali Post Yang Didelete


Hai semua, hari ni saya ingin berkongsi satu lagi tutorial kepada anda semua. Tutorial kali ini senang dan mudah, mungkin juga ada yang sudah tahu tentang tutorial ini. Bagi yang tidak tahu, mungkin tercari-cari tuto ni terutamanya kepada yang baru buat blog....hehe

Blogger ada menyediakan undelete this blog untuk mendapatkan kembali blog yang sudah didelete. Bagaimana pula kalau kita ingin mendapatkan kembali post yang telah dipadam. 

Berikut adalah beberapa cara untuk mendapatkan kembali post yang telah dipadam: 

CARA PERTAMA

Dapatkan salinan cache dari web dan masukkan kembali post dari cache.
Taipkan pada kotak search cache:http://namabloganda.blogspot.com

Pada perkataan warna hijau, anda masukkan nama blog anda atau blog yang telah dipadam. 

CARA KEDUA

Cara ini sesuai jika anda masih bekerja dengan komputer dimana anda membuat post tersebut. Tekan Ctrl+H untuk membuka senarai history pada sidebar. Dapatkan bahagian dimana anda telah mengedit post dan terus mengedit atau publish post (atau copy dan paster dari cache yang memaparkan post).




SELAMAT MENCUBA...






Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Monday, January 2, 2012

Petua Dapur


Hai bersiaran lagi kita pada kali ini. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kita masih lagi dipanjangkan umur untuk meneruskan kehidupan di tahun baru ini. SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua. Macam mana azam tahun baru?? Azam tahun lepas macam mana pula ya.... hehe 

Ok, untuk entri permulaan tahun baru ni, saya ingin berkongsi sedikit petua dapur bersama anda-anda semua. Mungkin sudah ada yang tahu dan mungkin juga yang belum tahu... yang belum tahu tu, jom kita ambil tahu petua ni, manalah tau kot2 dalam masa terdekat ni ada yang bakal mendirikan rumahtangga dan bakal memasak untuk suami tercinta..hehe 

Dan dengan adanya petua dapur ni, mungkin dapat membantu anda memasak.

1. Pisang Goreng Lebih Rangup 

Pisang goreng pastinya lebih enak jika rangup, untuk membuatnya lebih rangup adalah seperti berikut. Bancuh tepung bersama garam, kunyit dan air di dalam sebuah mangkuk. Kacau sebati. Kemudian, masukkan minyak masak ke dalam adunan tadi. Kacau bancuhan sekali lagi. Celup pisang ke dalam bancuhan dan goreng pisang sehingga kekuningan.

2.Daging Itik Lembut 

Daging itik jika tidak kena cara masaknya sudah tentu akan liat. Bagi mendapatkan daging itik yang lembut, rebus daging itik bersama betik. Biarkan mendidih. Selepas beberapa minit, toskan daging itik itu. Hasilnya daging itik bukan sahaja lembut tetapi lebih enak.

3. Elak Buah Dari Lebam 

Setiap kali memotong buah-buahan, ia akan menjadi lebam, contohnya buah epal. Untuk mengatasinya ialah dengan mencucuk bahagian hujung pisau yang hendak digunakan dengan limau nipis. Kemudian potong buah-buahan tadi seperti biasa, dah habis potong bilas dengan air.

SELAMAT MENCUBA...

Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Thursday, December 29, 2011

Mencantikkan Wajah Dengan Menggunakan Buah Strawberi


Hari ni ingin berkongsi sedikit tips kepada anda semua, bagi yang ingin sentiasa inginkan wajah yang cantik tips ini sesuai untuk anda. Senang dan mudah tanpa memerlukan belanja yang besar sperti berkunjung ke pusat rawatan kecantikkan, dengan hanya duduk di rumah pun anda boleh melakukannya.

Cara-caranya:

campurkan tiga buah strawberi dan sesenduk madu ke dalam bekas, kemudian hancurkan buah strawberi untuk dijadikan masker dan gaul sebati dengan madu tadi.

Oleskan pada wajah dan biarkan selama 30 minit. 

Setelah masker sudah kering, gosokkan dengan melingkar untuk meluruhkan sel-sel kulit mati dan melancarkan peredarab darah.

Setelah itu, basuh dengan air suam. Lakukan rawatan ini seminggu sekali.
khasiat untuk mencerahkan kulit dan khasiat madu adalah untuk melembapkan kulit.

SELAMAT MENCUBA...

Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Sunday, December 25, 2011

Menghilangkan Minyak Pada Wajah


Keunikan buah epal ialah ia tidak mempunyai lemak, mengandungi kandungan nutrien dan serat termasuk antioksidan yang meningkatkan prestasi badan. Buah epal juga baik untuk mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser, sekaligus dapat mengurangkan kolesterol darah. Buah epal sesuai digunakan untuk wajah yang brminyak. 

Caranya dengan mengambil 1 biji buah epal, kemudian dipotong-potong dan masukkan ke dalam pengisar. Kemudian, kisar epal sehingga halus tanpa menggunakan air.

Setelah dikisar sapukan secara merata pada wajah anda. Sebelum menyapunya seeloknya anda membersihkan dahulu wajah.

Setelah penyapuan tersebut, biarkan ia selama 20 minit dan kemudian bersihkan wajah dengan air suam berserta air sejuk untuk membiarkan liang-liang pori terbuka.

Lakukan seminggu sekali untuk kesan terbaik. Dengan khasiat buah-buahan ini dapat memberikan manfaat dan menjadikan wajah anda segar dan cantik secara alami tanpa menggunakan ubat-ubatan kecantikkan.

SELAMAT MENCUBA....


Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Monday, December 19, 2011

Tutorial: Cara Pasang Back To Top


Hai semua, hari ni saya ada sedikit tutorial blog yang nak dikongsikan bersama anda semua, iaitu cara-cara nak pasang back to top. Pemasangan back to top pada blog adalah bagi memudahkan pengunjung kembali semula ke atas setelah menggunakan scroll untuk membaca entri sehingga ke bawah. Cara back to top ini lebih cepat berbanding menggunakan scroll. 

Cara-caranya:

1. Klik design > page element
2. Kemudian klik add gadget > HTML/ Javascript
3. Copy dan pasterkan kod di bawah ni  

         

<style type="text/css">.backtotop a:hover {background:none;}</style><div class="backtotop"><a style="display:scroll;position:fixed;bottom:5px;right:5px;" class="backtotop" href="#" rel="nofollow" title="Back to Top"><img style="border:0;" src="http://img179.imageshack.us/img179/1849/backtotop.png"/></a></div>

4. Tukar kod yang berwarna merah dengan url image yang anda suka.

Kod ni hendaklah diletakkan dibahagian bawah sekali pada page element supaya tidak terlindung. Kemudian klik save...

SELAMAT MENCUBA......


Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Wednesday, December 14, 2011

Petua:Melebatkan & Menghitamkan Bulu Mata



Hari ni nak kongsi sedikit petua orang-orang lama iaitu melebatkan dan menghitamkan bulu mata dengan menggunakan serbuk teh.

Cara-caranya:

Rendam 1 sudu teh ke dalam 1 cawan air, dibiarkan rendam semalaman. Keesokanya lurutkan air rendaman teh pada bulu mata dengan mengusapnya ke atas menggunakan hujung jari telunjuk. Boleh juga menggunakan minyak zaitun sebagai ganti. Lakukan setiap malam sebelum tidur. 

Ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus (hitam). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anank yang baru lahir, Insyaallah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam.

SELAMAT MENCUBA........



Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Thursday, November 10, 2011

Tips: Hot Lips

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hari ni nak share sedikit tips tentang pemakaian gincu bibir. Banyak wanita sering merungut gincu bibir hanya bertahan sekejap sahaja. Untuk gincu bibir melekap lebih lama, cubalah tips ini.


 -Gariskan bibir terlebih dahulu menggunakan pensel bibir yang warnanya lebih tua daripada warna gincu yang dipakai. Tujuannya, supaya sapuan dapat dilihat lebih rapi dan tidak melebihi garis asli bibir.


-Guna bedak two way ( yang mengandungi pelembap) dan sapukan pada bibir dengan span pelembap. Jangan takut untuk melapisi garis bibir yang sudah dibuat sebelumnya agar lebih samar.

-Seterusnya sapukan gincu menggunakan berus ke seluruh bibir. Penggunaan berus lebih digalakkan supaya warnanya lebih menyerlah, kemas dan rapi.


-Sekali lagi, berikan sentuhan bedak dengan span lembap. Tekan sedikit-sedikit.


-Dan yang terakhir, sapukan sekali lagi gincu. Untuk tampil lebih anggun, jangan lupa sapukan lip gloss.


SELAMAT MENCUBA.......

Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Originally By Diana Hana