Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih

Wednesday, February 22, 2012

"The Story Of Us - Second Giveaway"



Di tag:




Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Tuesday, February 21, 2012

"GIVEAWAY SOUVERNIR FROM KOREA BY WAWA ABDULLAH"




TARIKH TAMAT:

15/03/2012





Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

"THE AWESOME GA BY SWEETYBEAUTY SHOPPE"



TARIKH TAMAT:

19/03/2012

TAG:




Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Wednesday, February 15, 2012

First Time Menang!!


Hai semua, bersiaran lagi kita hari ni yaa..
Dah lama rasanya tak updated blog,
almaklumlah busy dengan tugasan hariankan...
Korang pun mesti macam tu juga kan..^_^

Dah makan tengah hari ke semua??
Alhamdulillah lah kalau dah makan semuanya yaa... Jangan lupa solat zohor pula lepas tu... ^_^

Hari ni ada sedikit masa nak mengupdated blog, jadi nak lah share sikit rasa keterujaan dan happy yang saya rasa ni dengan korang.
Tengah berblog walking blog rakan-rakan, terbacalah tajuk entri ni pemenang 'FIRST GIVEAWAY BY ONITSUKAHANA'

Ada rasa teruja sikit di situ...hehe
Sebabnya saya pun join GA daripada ONITSUKAHANA tu..


Tadaaaaa....!! tak sangka saya tersenarai dari 12 pemenang GA tu, 
tqtqtq...!!
Mana tak teruja, ni first time menang GA lah..
hehehe.. ^_^

Tu dia hadiahnya, sehelai tudung bawal sulam, mengikut warna yang kita pilih sendiri.
Dalam GA tu saya pilih warna purple atau dalam bahasa melayunya warna unggu.
Sangat cantik..!! Sayasukasayasuka....hehehe

Hah! kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah terjah blog ni


Sangat hijau blognya, apa lagi cepat-cepatlah terjah sana... ^_^
To Onitsukahan thank you very much..!!!









Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Sunday, February 12, 2012

Selamat Hari Lahir Yang Ke 24 Tahun


"..Selamat Hari Lahir,
Selamat Hari Lahir,
Selamat Hari Lahir Nur Diana Aziz
Selamat Hari Lahir..."



"..Allah Selamatkan Kamu,
Allah Selamatkan kamu,
Allah Selamatkan Nur Diana Aziz
Allah Selamatkan Kamu..."

11/02/1988-11/02/2012




Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Thursday, February 9, 2012

Mak Teh Rindu Rayyan..



Alahai rindunya dekat anak saudara yang sorang ni....

Muhammad Hanif Rayyan Bin Hairu Nizam

Dah lama tak jumpa dia...
Mak Teh banyak busy lah Yayan..
Yayan jangan nakal-nakal tau, kesian mama dengab papa nanti..
Yayan gedik...hehe

sayang dia...






Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Saturday, February 4, 2012

Mengatasi Kelemumur


Hai semua, 
Selamat Menyambut Maulidul Rasul kepada semua umat islam  di seluruh dunia.

Hari ni nak share satu petua mudah untuk korang semua.
Ada banyak kelemumur di kepala??
Mengotorkan rambut..
Macam mana nak hilangkannya??

Jom try petua mudah ini, korang pasti suka...

1) Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15minit.
Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan saja dapat di atasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.

2) Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya.
Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu.
Gosok rata-rata biarkan selama 15 minit. 
Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan duan kali seminggu.

3) Rendam halba dan halba selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. 
Lakukan dua kali seminggu.



Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Tak Payah Berebut Nak Balik Kampung


Hai semua, bersiaran lagi hari ni.
Sihat ke semua??
Kalau sihat, alhamdulillah baguslah.
Kalau tak sihat, cepat-cepatlah jumpa doktor dan makan ubat ya.

Macam mana hari minggu ni, ada plan nak keluar jalan ke mana-mana ke?
Mesti gempakkan plan korang...hehe 
Hari ni saya tak ke mana-mana pun, just duduk di rumah tolong mak mertua je..hehe
(baiknya bakal menantu ni...haha)

Ada yang plan nak balik kampung tu hati-hatilah semasa memandu di jalan raya ya.
Dan jangan gaduh-gaduh berebut nak balik kampung belah mana ya.
Bincang baik-baik, nanti kampung entah ke mana korang pulak entah ke mana.. ish ish..


Cerita pasal berebut balik kampung ni, mengingatkan saya tentang kata-kata kakak sepupu saya. Dia kata nanti saya tak payah berebut-rebut nak balik kampung dengan suami.
Yup!!.. memang betul pun kak...hehehe

Tak payah pening-pening dah kan nak gilir-gilir balik kampung mana. Selamat saya..hehehe
Banyak kita pernah dengar kes laki bini gaduh berebut nak balik kampung, ada  juga yang sampai bercerai di sebabkan kes yang sekecil ni saja.
Mungkin kita lihat ini perkara kecil saja dan pergduhan yang tak matang (orang kata macam gaduh budak-budak yang tak matang...)

Dalam situasi ini, sebagai orang yang telah dewasa kita haruslah berfikiran matang dan berolak ansurlah di antara satu sama lain.
Si suami perlulah memainkan peranannya sebagai ketua keluarga, perlu berlaku adil di dalam hal ini dan jangan hanya fikirkan diri sendiri saja.

Kalau perlu buatlah sistem bergilir-gilir. Tahun ni balik kampung sini, tahun depan balik kampung sana pula.
Kalau cuti umum atau cuti hari minggu  rasanya tak perlulah nak balik kampung juga. 
Planlah cuti yang ada tu dengan rancang ke mana-mana dengan keluarga.
Bawa pergi berkelah, atau rancang sesuatu yang menarik untuk dipenuhi semasa cuti tu.




Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Friday, February 3, 2012

Pengembaraan Dari Lipis ke Kuantan


Hai semua, bersiaran lagi di petang hari ni.
Nampaknya panas terik kuantan petang-petang ni..
Sementara menunggu bakal mak mertua pulang dari kerja, kite updated blog la dulu yee... hehee

Setelah berpuluh batu di tempuh, akhirnya sampai juga di bandar kuantan ni...
(berpuluh batu la sangat... haha)
Ni semua semata-mata nak menghadiri temuduga kerja esok hari.
Penatlah juga, sebab dah lama tak mengembara jauh.. ( 4jam je lipis-kuantan)
Sebenarnya dah lama tak naik bas  jalan jauh-jauh.
Masa jadi student dan merantau ke negeri orang dulu je macam tu..hehehe

Ikut plan nak naik bas pukul 8 pagi dari lipis ke kuantan..
tapi lewat bangun tidur punya pasal, sampai terlepas bas pagi tu... aduyaiiiiii...
Terpaksalah tukar plan lain, beli tiket pukul 9 pagi ke Bentong.
Jadi bermulalah perjalanan ke Bentong. Sampai saja di Bentong, jadi blurrr kejap, pasal daerah orangkan, manalah tahu sangat..hehehe

Melilau juga cari bas di stesen bas Bentong tu, akhirnya dapat juga, bukan naik bas ekspress yang biasa naik tu, ni naik  bas biasa je, bas henti-henti tu.. (orang kata bas lompat-lompat)
Kali ni terpaksa naik bas ke Temerloh pula.. aish penat nye kena tukar-tukar bas ni..( tulah bangun lewat lagi..haha.. kalau sempat bas 8 pagi tadi, straigh je tak payah tukar-tukar bas dah)
Lari duit tambang bas macam ni...haha
Dari Bentong ke Temerloh naik bas pukul 11 pagi, sampai Temerloh dalam 12.56 tengah hari.

Sepanjang perjalanan ke Temerloh tu, macam-macam ragam orang saya jumpa.
Di pekan Karak, ada seorang makcik tiba-tiba tegur saya " aok anak ustazahkan?"
"hah" saya terpinga-terpinga bila makcik tu tanya macam tu. Mana taknya, naik je bas makcik tu terjah soalan macam tu pula, saya pulak tak sangka makcik tu terjah saya macam tu pulak.
Saya pun tanpa berfikir panjang terus cakap "bukanlah".
Dalam hati tertanya-tanya "ustazah mana pula ni?? kalau bakal mak mertua aku ustazah tu betullah juga".
Sayapun terus bermonolog lagi "mungkin ada anak ustazah di kampung dia serupa muka macam aku tak"....hehe
Nak tergelak juga saya dalam bas tu, tapi tahan je sampai makcik tu turun.

Sampai di Temerloh, tersilap turun stesenlah pulak, sepatutnya saya kena turun di stesen bas baru di Temerloh tu, yela kat sana stesen untuk bas ekspress. Terpaksa cari teksi untuk ke stesen bas baru tu.
Dalam hati "habis melayang 5 ringgit aku.." hahaha
Dah bayar duit teksi, terus cari kaunter bas tranasional, sebab dah biasa naik bas tu, akhirnya dapat tiket ke kuantan perjalanan pukul 130 tengah hari.
Masa ada lagi 25minit sebelum bas bergerak, sempat lagi shopping ni, memang kebetulan sebelah kaunter tiket tu pasar raya The Store.. so masuk shopping kat situ aje lah..hehe

Cari apa yang patut dalam The Store tu, lepas dah bayar barang-barang yang dibeli, terus naik bas.
Huh! penatnya... lega sikit dapat tempat duduk yang selesa.
Seat di bahagian paling depan pulak tu. Penumpang yang nak ke Kuantan pun tak ramai, ok lah tu.

Sepanjang perjalanan cuaca mendung je, mata pun kuyu semacam je, minta di rehatkan, tapi dah memang prinsip saya kalau jalan jauh jangan tidur. Takut terjadi apa-apa yang tak diingini berlaku.
Jadi sepanjang perjalanan tu saya habiskan masa dengan memerhatikan pemandangan di sepanjang perjalanan tu.

Dalam pukul 3.17 petang akhirnya sampai juga di bandar Kuantan ni. Encik tunang dah janji nak jemput saya. Yes! dapat jumpa encik tunang..hehe
Dah lama tak jumpa dia.. (eceehh..! padahal 2 minggu lepas dah jumpa..hehe)
Ronda-ronda kejap di bandar Kuantan sebelum pulang ke rumah..












Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Wednesday, February 1, 2012

Mencantikkan Kuku!


Hai semua, selamat petang
Dah lunch ke?? ^_^
Saya baru nak lunch ni.. busy sangat hari ni.
Orang lain dah nak masuk minum petang, saya baru nak lunch kan.
Tapi tak apalah, asalkan perut tak kembung penuh angin sudahlah ya.. hehe

Hah! ni ada tips yang sangat berguna, mudah dan senang serta menjimatkan duit lagi tu..hehee ^_^
Bajet pun tak besar, jadi bolehlah anda trynya di rumah.
Saya percaya si gadis di luar sana pasti suka...^_^

Ikuti tips di bawah ni:

Mula-mula sapukan kuku dengan losen tangan yang mempunyai haruman lavendar.
Kemudian, lakukan sedikit urutan dengan perlahan.
Mulakan dari satu jari ke jari yang lain.
Selepas itu, pusingkan pergelangan tangan dengan perlahan.
Dan akhir sekali, gosokkan ia sehingga ke paras siku.



Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

3 Langkah Rambut Panjang Lebih Cepat


Hai readers, bersiaran lagi hari ni.
Wah! cepat sungguh masa berlalu, dah masuk bulan februari pun kan.
Januari 2012 dah pun meninggalkan kita.
Syukur kepada-Nya, kerana memberi kita peluang untuk terus bernafas di bumi-Nya ini.

Ok, hari ni ada tips yang ingin di kongsi. Tips ini senang dan mudah untuk di cuba. Kepada yang teringin rambutnya panjang dengan cepat boleh try tips ni.

1) Buang Rambut Rosak 

Hujun-hujung rambut yang rosak (kering/pecah-pecah) akan melarat hingga ke setiap helaian rambut dan menyebabkan helaian rambut kita rosak. Akibatnya, secara keseluruhan rambut akan jadi lebih cepat rosak dan turut mempengaruhi rambut-rambut baru yang tumbuh. Anda perlu 'trim' hujung-hujung rambut setiap 8-10 minggu sekali di salun. Katakan kepada pendadan rambut, yang anda ingin memanjangkan rambut.
Biasanya pendadan rambut akan memotong rambut anda dalam keadaan kering kerana sukar untuk mengesan hujung rambut yang pecah dalam keadaan basah.


2) Manjakan Rambut 

Rambut panjang adalah rambut yang tua dan cenderung rapuh.
Jadi kita perlu menjaga rambut panjang dengan lebih berhati-hati. Pilih syampu yang lembut dan mengandungi formula yang melembapkan. Jika kita menggunakan hairdrye, kita perlu menggunakan perapi dan serum setelah selesai bersyampu.
Keadaan ini berguna untuk melindungi rambut dari suhu tinggi. 
Seminggu sekali gunakan masker khusus untuk rambut.
Selain itu, berhati-hati sewaktu mendadan rambut dan jangan terlalu kerap.

3) Biarkan Kulit Kepala Bernafas 

Rambut yang tertutup terus menerus akan membuatkan minyak dan kotoran berkumpul pada akar rambut sehingga kulit tidak boleh bernafas dan ia boleh menjejaskan pertumbuhan rambut kita. 
Bagi membolehkan pertumbuhan rambut berjalan dengan baik, kita perlu memastikan kulit kepala sentiasa bersih. Jika anda kerap berpeluh atau rambut berminyak, anda perlu bersyampu setiap hari dengan menggunakan syampu yang berfomula lembut.








Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Originally By Diana Hana