Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih

Sunday, July 3, 2011

Kuih Keria

Salam... hai semua... kebetulan abah kite p Cameron Highland, so banyaklah dia borong ubi keledek kat sana...hehehe... fikir punya fikir, nak buat pe la dengan keledek yang banyak ney....hmmm.. mak pun cadang nk buat kuih keria untuk minum petang tadi.. so ape lagi kite pun merajinkan dirilah masuk dapur tolong mak buat kuih keria ney... 0k selamat menjamu selera...!!!!


Bahan-bahan:

  • 7 biji ubi keledek (sederhana besar) / sekilo
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • sedikit garam
  • Air
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

kuih keria yg sungguh gebu

x mnyempat nk ltak dlm bekas lawa2.. terus je snap  pict ney..hehe
  1. Rebus ubi hingga empuk. Keluarkan ke dalam bekas, lenyek-lenyekkan. biar sejuk sebentar. Campurkan garam kedalam ubi tadi dan kemudian tepung dan adun hingga boleh membentuk dan tidak melekat pada tangan (jika masih lembik, boleh tambahkan tepung)
  2.  Ambil adunan sedikit dan bentukkan bulat. Tekan dan buat leper sedikit (jangan terlalu leper atau nipis) dan kemudian buat lubang di tengah-tengah dengan menggunakan jari. Ulang semula hingga habis. Setelah itu, gorengkan hingga masak.
  3. Masak gula dan air hingga menjadi agak likat, masukkan ubi yang telah digoreng tadi dan balik-balikan sebentar. Tutup api dan hidangkan. 


Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

0 comments:

Post a Comment

Originally By Diana Hana