Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih

Thursday, July 7, 2011

Fakta Menarik Tentang Kopi



  1. Kopi dipercayai berasal dari tropika benua Afrika dan dibawa masuk ke negeri ini pada 1779 dan mula ditanam secara komersial pada tahun 1875. 
  2. Di Malaysia terdapat dua jenis kopi ditanam secara komersial iaitu Liberica dan Robusta.
  3. Kopi adalah spesies tanaman berbentuk pohon yang termasuk dalam famili Rubiaceae dan genus coffea.
  4. Pokok kopi boleh hidup lebih 25 tahun dan mencapai ketinggian 6-15 meter.
  5. Daun kopi biasanya tumbuh secara berpasangan dan pokoknya mula berbunga ketika berunur 18 bulan hingga 3 tahun. Bunga keluar dari daun dan biasanya berbentuk beberapa jambak.
  6. Buah kopi berwarna hijau semasa belum matang dan bertukar kekuningan dan merah sewaktu matang dan masak.  
  7. Kopi memerlukan hujan tahunan sebanyak 2,000-3,000 mm dengan purata suhu 18 celcius - 28 celcius dan kelembapan bandingan 70 % - 90%.
  8. Kopi subur pada hampir semua jenis tanah. Ini termasuk tanah volkanik, granik, batu loh dan batu pasir.
  9. Penyakit yang biasa menyerap kopi ialah karat kopi (Hemilia vastrix), penyakit bebenang putih ( Maraseillus scandeus), penyakit ungu ( Corticum salmonicolor), anthactnose ( Collettricum sp).
  10. Kopi Liberica mula masak dalam masa 8-13 bulan sementara kopi Robusta dalam masa 9-10 bulan. 

Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

0 comments:

Post a Comment

Originally By Diana Hana