Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih
Showing posts with label Info Cantik. Show all posts
Showing posts with label Info Cantik. Show all posts

Friday, March 23, 2012

Daun Puding Atasi Gatal Di kepala


Bersihkan segenggam daun puding.
Kemudian kisar sehingga lumat.
Setelah di kisar lumat, lumurkan di keseluruhan kulit kepala.
Bungkus kepala dengan tuala bersih selama satu jam.
Akhir sekali bilas dengan air bersih.
Lalukan dua kali seminggu.



Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Saturday, February 4, 2012

Mengatasi Kelemumur


Hai semua, 
Selamat Menyambut Maulidul Rasul kepada semua umat islam  di seluruh dunia.

Hari ni nak share satu petua mudah untuk korang semua.
Ada banyak kelemumur di kepala??
Mengotorkan rambut..
Macam mana nak hilangkannya??

Jom try petua mudah ini, korang pasti suka...

1) Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15minit.
Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan saja dapat di atasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.

2) Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya.
Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu.
Gosok rata-rata biarkan selama 15 minit. 
Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan duan kali seminggu.

3) Rendam halba dan halba selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. 
Lakukan dua kali seminggu.



Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Wednesday, February 1, 2012

Mencantikkan Kuku!


Hai semua, selamat petang
Dah lunch ke?? ^_^
Saya baru nak lunch ni.. busy sangat hari ni.
Orang lain dah nak masuk minum petang, saya baru nak lunch kan.
Tapi tak apalah, asalkan perut tak kembung penuh angin sudahlah ya.. hehe

Hah! ni ada tips yang sangat berguna, mudah dan senang serta menjimatkan duit lagi tu..hehee ^_^
Bajet pun tak besar, jadi bolehlah anda trynya di rumah.
Saya percaya si gadis di luar sana pasti suka...^_^

Ikuti tips di bawah ni:

Mula-mula sapukan kuku dengan losen tangan yang mempunyai haruman lavendar.
Kemudian, lakukan sedikit urutan dengan perlahan.
Mulakan dari satu jari ke jari yang lain.
Selepas itu, pusingkan pergelangan tangan dengan perlahan.
Dan akhir sekali, gosokkan ia sehingga ke paras siku.



Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

3 Langkah Rambut Panjang Lebih Cepat


Hai readers, bersiaran lagi hari ni.
Wah! cepat sungguh masa berlalu, dah masuk bulan februari pun kan.
Januari 2012 dah pun meninggalkan kita.
Syukur kepada-Nya, kerana memberi kita peluang untuk terus bernafas di bumi-Nya ini.

Ok, hari ni ada tips yang ingin di kongsi. Tips ini senang dan mudah untuk di cuba. Kepada yang teringin rambutnya panjang dengan cepat boleh try tips ni.

1) Buang Rambut Rosak 

Hujun-hujung rambut yang rosak (kering/pecah-pecah) akan melarat hingga ke setiap helaian rambut dan menyebabkan helaian rambut kita rosak. Akibatnya, secara keseluruhan rambut akan jadi lebih cepat rosak dan turut mempengaruhi rambut-rambut baru yang tumbuh. Anda perlu 'trim' hujung-hujung rambut setiap 8-10 minggu sekali di salun. Katakan kepada pendadan rambut, yang anda ingin memanjangkan rambut.
Biasanya pendadan rambut akan memotong rambut anda dalam keadaan kering kerana sukar untuk mengesan hujung rambut yang pecah dalam keadaan basah.


2) Manjakan Rambut 

Rambut panjang adalah rambut yang tua dan cenderung rapuh.
Jadi kita perlu menjaga rambut panjang dengan lebih berhati-hati. Pilih syampu yang lembut dan mengandungi formula yang melembapkan. Jika kita menggunakan hairdrye, kita perlu menggunakan perapi dan serum setelah selesai bersyampu.
Keadaan ini berguna untuk melindungi rambut dari suhu tinggi. 
Seminggu sekali gunakan masker khusus untuk rambut.
Selain itu, berhati-hati sewaktu mendadan rambut dan jangan terlalu kerap.

3) Biarkan Kulit Kepala Bernafas 

Rambut yang tertutup terus menerus akan membuatkan minyak dan kotoran berkumpul pada akar rambut sehingga kulit tidak boleh bernafas dan ia boleh menjejaskan pertumbuhan rambut kita. 
Bagi membolehkan pertumbuhan rambut berjalan dengan baik, kita perlu memastikan kulit kepala sentiasa bersih. Jika anda kerap berpeluh atau rambut berminyak, anda perlu bersyampu setiap hari dengan menggunakan syampu yang berfomula lembut.








Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Monday, January 30, 2012

Putih Bersih Dengan Sayuran...


Hai semua, bersiaran lagi di pagi hari ni.
Tertarik tak baca tajuk entri kali ni???
hehe..(^_^)
Entri kali ni khusus untuk wanita yang lelaki pun kalau nak cuba, boleh saja.
Pasti tak mengecewakan anda.

Ini adalah tips kecantikkan untuk wajah putih bersih dengan menggunakan sayuran.
Untuk memutihkan wajah, kita hanya perluka labu, timun, dan kacang soya.

Labu yang kaya dengan vitamin B, C, lemak dan protien, dapat mencerahkan dan mengurangkan kesan kemerahan pada kulit. Manakala timun pula, khasiatnya juga dapat memutihkan kulit, dengan syarat tidak mencampurkannya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C. Sementara kacang soya berfungsi untuk diet yang seimbang, melembap dan mengatasi masalah pada kulit.

Cara untuk membuat ramuannya, hancurkan 150 gram labu yang terlebih dahulu telah direbus. Hancurkan sebiji timun yan berukuran panjang sedang dan 50 gram kacang soya dengan menggunakan mesin pengisar.

Setelah membersihkan wajah, jadikan campuran labu tadi sebagai masker dan biarkan selama 20 minit dan bersihkan dengan air yang bersih.











Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Sunday, January 29, 2012

Petua: Untuk Kulit Kering & Kasar


Hai semua, bersiaran lagi kita hari ni. ^_^
Hari ni nak berkongsi sedikit petua dengan anda semua.

Ingin kulit cantik semula jadi??
Mestilah nak kan.. ^_^
Jadi apa lagi, jom serlahkan kejelitaan anda dengan rahsia alam yang tinggi khasiatnya iaitu dengan buah avokado...
Petua kali ini untuk kulit kering dan kasar..

Bahan-bahannya:

1/4 buah avokado
1 biji putih telur
1 sudu makan perahan lemon
2 sudu makan oatmeal.

Cara-caranya:

1) Campurkan kesemua bahan dan kacau hingga rata
2) Kemudian sapukan pada tangan, mulai dari telapak tangan sehingga ke pergelangan tangan
3) Biarkan selama 20 minit
4) Kemudian bilas dengan air suam dan tengok hasilnya.









Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Originally By Diana Hana