Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih

Friday, July 1, 2011

Pegaga 0h..! Pegaga



Setia tumbuhan di muka bumi ini sememangnya mempunyai pelbagai khasiat dan mempunyai fungsi kegunaannya. Namun ada juga dikalangan kita manusia kurang mengambil peduli mahupun kurang mengetahui setiap fungsi dan kegunaan tumbuh-tumbuhan ini. Sebagai contohnya pagaga. Pokok pegaga juga dikenali sebagai pokok antanan dan dalam bahasa inggerisnya pula dikenali sebagi pennywort. Pokok pegaga adalah sejenis pokok ulam yang banyak ditanam di Malaysia serta di negara-negara ASEAN. Nama botaninyaCentella asiatica. Di Malaysia, terdapat pelbagia jenis pegaga iaitu pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil,Pokok Pegaga Daun Lebar,Pegaga Embun - Hydrocotyle sibthorpiodes, Pokok Pegaga Kelantan,Pokok Pegaga RenekPokok Pegaga SaladPokok Pegaga GajahPokok Pegaga BruneiTumbuhan kecil ini besar khasiatnya. Ia kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi, sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang.


Ramai yang percaya amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan. Namun terdapat dalam kajian menunjukkan ia boleh dimakan selalu tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja bagi mendapatkan kesan positif. Ini kerana pengambilan yang berlebihan akan mengakibatkan kesan narkotik dan keracunan kumulatif yang meransang tumor untuk jangkamasa yang panjang.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf pegaga sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutamanya di kalangan kanak-kanak. Pegaga yang dikenali juga sebagai Centella asiatica telah diperakui WHO kerana kaya dengan pelbagai ramuan ubatan.


Di negara kita Malaysia, pegaga banyak terjual di pasar terutama pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam.Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan. Di India, pegaga digunakan dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk serta  digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas. Di China, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular

Daun pegaga berfungsi sebagai astrigensia dan tonikum. Pegaga juga digunakan untuk revitalisasi tubuh dan otak yang lemah serta untuk kesuburan wanita.


Antara khasiat lain pegaga ialah:
  • penawar alahan
  • anti kanser
  • melawaskan air kencing
  • penawar batu karang
  • penawar kencing berdarah
  • penawar ulser
  • merangsang peredaran darah
  • merawat cirit birit
  • menurunkan tekanan darah  
  • Pembengkakan Hati
  • Demam, Campak
  • Sakit Tekak, Batuk Kering,
  • Asma, Brokitis, Pleuritis
  • Radang Mata Merah
  • Keputihan
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
  • Tidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
  • Keracunan Makanan
  • Batuk Darah, Muntah Darah
  • Busung, bisul
  • Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor)
  • merangsang otak – kuat daya ingatan (mencegah nyanyuk)
  • melambatkan proses penuaan

Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

0 comments:

Post a Comment

Originally By Diana Hana