Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih

Saturday, July 2, 2011

Petua Hari Ini

Hilangkan Sakit Mata Terkena Cili


Jika mata kita terkena cili, mudah sahaja. Jangan biarkan mata dibasuh dengan air. Sejurus mata terkena cili, jangan berlengah, ambil garam dan makan sedikit demi sedikit sehingga mata tidak sakit lagi.

Kelapa Parut Tahan Lama 


Petuanya mudah untuk menyimpannya dalam peti sejuk. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mengabil daun pisang dan letakkan dalam satu bekas. Letakkan kelapa parut atas daun pisang, kemudian kukus sebentar.

Pakaian Terkena Minyak Hitam 


Jika baju anda terkena minyak motor ataupun minyak basikal janganlah risau. Sapukan mentega ataupun marjerin pada bahagian yang terkena minyak dan gosokkan  perlahan-lahan. Kemudian cuci seperti biasa.

Cara Menyimpan Cili Kering 


Cili kering jika disimpan terlalu lama ia akan menjadi kering, kuning dan berbau hapak. Cuba anda gaulkan cili  kering dengan sedikit minyak masak hingga rata dan letakkan beberapa helai daun pandan. Dengan cara ini cili kering akan lebih tahan lama dan terhindar daripada lipas.
Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

0 comments:

Post a Comment

Originally By Diana Hana