Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih
Showing posts with label Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kahwin. Show all posts

Monday, May 6, 2013

TIPS CINTA SUAMI ISTERI

 

19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI | TIPS KASIH SAYANG |

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Peranan Suami Ketika Isteri Mengandung

 
♥♥♥Peranan Suami Ketika Isteri Mengandung♥♥♥

1♥ Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT.

2♥ Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

3♥ Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.

4♥ Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.

5♥ Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.

6♥ Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.

7♥ Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.

8♥ Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.

9♥ Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.

10♥ Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.

11♥ Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.

12♥ Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A’raf ayat 189 dan ayat Kursi.

♥♥♥Adab Suami Ketika Isteri Mengandung♥♥♥

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

1♥ Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.

2♥ Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

3♥ Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

4♥ Jangan mudah mengeluarkan perkataan talak kepada isteri.

5♥ Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, “La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin” maksudnya “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim”

6♥ Suami hedaklah kerap solat sunat atau solat hajat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

♥ Mengandung akan memberi tekanan terhadap wanita dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi, maka tugas para suamilah yang menjaga hati para isteri ♥

♥♥♥Dorongan Suami Ketika Isteri Bersalin♥♥♥

♥ Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

♥ Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.

♥ Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.
Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu.

♥ Korbankan ego dan nafsu anda seketika wahai suami-suami. Layan la isteri anda seelok-elok nya ketika dia mengandung kerana dia sedang mengandungkan zuriat anda, waris anda. Saya kagum dengan suami yang beralah/mengalah dengan isteri ketika isterinya mengandung. Sweetnya kalau si suami empaty dengan isteri...bukan sekadar simpati.

♥ Ketika isteri sedang sarat/sedang berpantang, jangan la anda pula si suami menggatal dengan perempuan lain. Jagala emosi dan hati isteri anda. Dia bergadai nyawa melahirkan zuriat anda kemudian menjaganya siang malam. Makan/tidur terganggu sedangkan anda pula berseronok di luar dengan perempuan lain. Keluar makan, menonton wayang, shopping dll. Tidakkah anda si suami terfikir duit yang anda keluarkan untuk berfoya-foya itu adalah lebih baik di laburkan untuk anak-anak

Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Sunday, May 5, 2013

Redha Suami Syurga Bagi Para Isteri

RENUNGAN TERBAIK UNTUK KAUM WANITA BERGELAR ISTERI

Mengapa Redha suami itu adalah syurga bagimu wahai para isteri:

1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidupmu, bahkan sering kali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.

2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya sehingga dia meningkat dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru sahaja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.

3. Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anak kamu dan dirimu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anak kamu berbanding dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri hati, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.

4. Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi penyelesaian. padahal boleh sahaja disaat engkau mengadu itu, dia sedang mempunyai masalah yang lebih besar. namun tetap saja masalahmu di utamakan berbanding masalah yang dihadapi sendiri.

5. Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa lisannya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.

6. Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, kerana dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka. kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri ...

Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Friday, February 1, 2013

AZam AzAm & aZAm


Hai u oll..
da lame x berceloteh dalam nie...
tu la kan... sebenarnye kite ni x berapa rajin sangat nak updated blog ni..
al-maklum la... balik2 keje je terus melending atas katil...penat la kate kan..hehe
macam kite sorang jekk yang keje orang lain x plak kan...hehe.. ape daaa

Korang2 pun macam kite jugak kan... balik2 keje mesti penat 1 badan..
0kokok.... malas nak mebebel pepanjang.. nanti takut plak ada yang boring...hihi

rasa nye masih belum terlambat nak citer pasal azam baru untuk tahun 2013 ni...
rasa macam ketinggalan la plak kan... mana x nye,ni da masuk bulan februari, baru nak citer pasal azam.. ape daaa..

sebenar nye da lame da kite simpan azam ni... cuma x tercapai jekk lagi kan...
orang lain mungkin da ade yang berjaya capai azam masing2 dan mungkin belum tercapai lagikan..

Untuk tahun 2013 ni, kite berazam nak dapatkan cahaya mata... pendek kata ANAK la... Insyaallah..
klu ade rezeki dan di izin kan oleh-Nya... korang2 semua doa2 kan la yekkk..

Tu je azam untuk tahun 2013 ni... kite x mintak banyak da...
 
Sekian... Wasalam.. (^_^)







Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Friday, March 23, 2012

Bunga Tisu

Hai semua,
selamat petang.
Apa macam hari ni, di harapkan semuanya baik-baik saja.

Hari ni ada sikit masa untuk dihabiskan dengan mengupdated blog.
Uh..! terasa macam dah lama tak updated blog..
(yela sangat..padahal penuh tiap-tiap hari dengan segmen, ga dan contest...huhu)
dan terasa macam kosong je blog tanpa ada cerita-cerita yang menarik.. ( menarik ke??? hehehe..silakomensilakomen)

Sebut pasal menarik, ada sesuatu yang menarik saya untuk menyempurnakan impian saya akan datang..
(macam skema je ayatnya...hehe)
Tengah sibuk intai-intai blog butik pengantin, saya dah terberkenan dekat satu jenis bunga hantaran dan bunga cenderamata untuk majlis kahwin, orang kata bungan tu namanya bunga tisu. Ada yang kata bunga tisu carnation. 




Cantikkan??
memang cantik, harga pun cantik juga.
Cara buat bunga tisu ni pun agak rumit, kerana menggunakan kertas untuk mengubahnya.
Memang sesuai untuk di jadikan bunga telur hantaran.




Tapi bagi yang ada bajet besar, petik jari je boleh tempah dan beli dekat mana-mana butik atau kedai jual barangan pengantin.

Kalau tengok kat blog Qanasuri Wordpress. ni pun banyak yang cantik-cantik dan berwarna-warni.
Mungkin ada yang menepati cita rasa anda.













Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Saturday, February 4, 2012

Tak Payah Berebut Nak Balik Kampung


Hai semua, bersiaran lagi hari ni.
Sihat ke semua??
Kalau sihat, alhamdulillah baguslah.
Kalau tak sihat, cepat-cepatlah jumpa doktor dan makan ubat ya.

Macam mana hari minggu ni, ada plan nak keluar jalan ke mana-mana ke?
Mesti gempakkan plan korang...hehe 
Hari ni saya tak ke mana-mana pun, just duduk di rumah tolong mak mertua je..hehe
(baiknya bakal menantu ni...haha)

Ada yang plan nak balik kampung tu hati-hatilah semasa memandu di jalan raya ya.
Dan jangan gaduh-gaduh berebut nak balik kampung belah mana ya.
Bincang baik-baik, nanti kampung entah ke mana korang pulak entah ke mana.. ish ish..


Cerita pasal berebut balik kampung ni, mengingatkan saya tentang kata-kata kakak sepupu saya. Dia kata nanti saya tak payah berebut-rebut nak balik kampung dengan suami.
Yup!!.. memang betul pun kak...hehehe

Tak payah pening-pening dah kan nak gilir-gilir balik kampung mana. Selamat saya..hehehe
Banyak kita pernah dengar kes laki bini gaduh berebut nak balik kampung, ada  juga yang sampai bercerai di sebabkan kes yang sekecil ni saja.
Mungkin kita lihat ini perkara kecil saja dan pergduhan yang tak matang (orang kata macam gaduh budak-budak yang tak matang...)

Dalam situasi ini, sebagai orang yang telah dewasa kita haruslah berfikiran matang dan berolak ansurlah di antara satu sama lain.
Si suami perlulah memainkan peranannya sebagai ketua keluarga, perlu berlaku adil di dalam hal ini dan jangan hanya fikirkan diri sendiri saja.

Kalau perlu buatlah sistem bergilir-gilir. Tahun ni balik kampung sini, tahun depan balik kampung sana pula.
Kalau cuti umum atau cuti hari minggu  rasanya tak perlulah nak balik kampung juga. 
Planlah cuti yang ada tu dengan rancang ke mana-mana dengan keluarga.
Bawa pergi berkelah, atau rancang sesuatu yang menarik untuk dipenuhi semasa cuti tu.




Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Tuesday, January 24, 2012

Baju Nikah

 
Hai semua, bersiaran lagi hari ni.
Apa khabar semua?
Sihat ke?
Harap-harap semua sihatlah hendaknya ya.. (^_^)

Dah bacakan tajuk entri kali ni.
Bukannya apa, saja nak share dengan anda semua.
Dalam kepala ni asyik fikir je pasal baju nikah.
Design dan fesyen, jenis kainnya pula macam mana kan..
Jenuh juga nak fikirkannya.. (^_^)

Almaklumlah tak lama lagi orang dah nak kahwin.
Macam-macamlah nak kena prepare kan. ^_^
Dengan bantuan encik google, saya try lah search cari design untuk baju nikah.
Jadi adalah terjumpa dan berkenan untuk dijadikan baju masa akad nikah nanti.
Jadi inilah dia baju-baju yang saya berkenan tu. 


Cantikkan baju ni, sesuai untuk majlis akad nikah
                                                                              
 

Jubah Pengantin
                                     
Baju kurung moden
Jubah pengatin muslimah
                                                                   
Baju kurung moden, kain chiffon

 

 

 




 

Berbaloi juga try google, dapat tengok bermacam-macam design dan fesyen baju akad nikah, tu belum lagi try search baju untuk majlis bersanding, kalau dah tengok mesti rambang mata nak pilih konsep, jenis kain, tema dan sebagainya untuk majlis nanti.








   

                                                                
                                                                       











Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Thursday, January 19, 2012

List Persediaan & Persiapan majlis Perkahwinan


Hai semua, diharap semuanya sihat-sihat belaka. Hari ni ada sedikit perkongsian yang ingin dikongsi bersama anda semua. Dengar title entri ni pun dah rasa macam best je kan..hehe 

Bagi yang ingin merancang melangsungkan majlis perkahwinan diharapkan dapat membantu dengan adanya list ini. Mungkin juga ada yang dah pening memikirkan persiapan untuk hari bahagia ni. Di harap semuanya dalam keadaan yang baik dan terkawal. Merancanglah dengan bijak dan teratur agar hari majlis anda berlangsung dengan jayanya. 

Persiapan Awal

1) Kursus Pra-perkahwinan
2) HIV test
3) Dokumen (semua yg berkaitan)
4) Kad jemputan majlis
5) Setem pos kad jemputan
6) Banner
7) Pilih tema majlis (kedua-dua belah pasangan pengatin)
8) Pilih menu makanan untuk tetamu ( jika menggunakan khidmat katering)

Anda juga boleh masukkan ke dalam list tersebut rawatakan kecantikkan, urutan & spa dan lain-lain lagi yang anda rasakan perlu.

Majlis Akad Nikah

1) Baju nikah, tudung, dan veil (perempuan)
2) Baju nikah, samping, dan songkok (lelaki)
3) Upacara batal air sembahyang (rantai, cincin, gelang tangan)
4) Mas kahwin
5) Upah kadi
6) Doogrift ( contoh: bunga telur, cenderamata, kuih, sweet)
7) Bantal duduk
8) Photographer
8) Make up (mak andam)

Majlis Sanding

1) Baju sanding, tudung, dan veil (perempuan)
2) Baju sanding (lelaki)
3) Make up & aksesori
4) Bunga tangan
5) Pelamin
6) Pintu gerbang
7) Bunga mangar
8) Kompang
9) PA system
10) Photographer
11) Baju family
12) Pengapit
13) Wedding cake
14) Hiasan meja beradap
15) Meja tetamu & khemah
16) Bunga/ Bunga penangah
17) Hiasan bilik pengatin
18) Doorgrift (contoh: bunga telur, kuih, sweet) 

Jika ada yang tertinggal atau nak tambah apa-apa silakan. Diharapakan dapat membantu anda-anda yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan nanti.




Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Originally By Diana Hana