Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih
Showing posts with label Telenovela. Show all posts
Showing posts with label Telenovela. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Slot Azalea: Kerana Sarah

 
Drama Kerana Sarah mengisahkan tentang Sarah (Rita Rudaini) seorang gadis kampung yang bersopan-santun dan lemah lembut. Lisadawati pula membawa watak antagonis yang selalu zalim kepada Sarah (Sumber: Gua). Drama 20 episod ini mungkin akan ditayangkan dalam Slot Azalea TV3. Nantikan ye...





Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Sunday, December 2, 2012

Telenovela: Legacy Tv3






Seperti biasa Tv3 sekali lagi akan menayangkan sebuah telenovela baru
dari Filipina. Nampak gayanya drama dari Filipina semakin mendapat
sambutan di negara ini. 

Sinopsis:

Telenovela ini mengisahkan perebutan kuasa antara 3 orang adik beradik Alcantra di 
Perbadanan Legacy

Cerita ini bermula apabila pewaris tunggal  Legacy Corporation, Cesar Alcantra
jatuh cinta dengan pekerja kilang bernama Isabel Calcetas.
Bapanya Don Ramualdo Alcantra menghalang Cesar berhubungan dengan
Isabel dan sebaliknya memaksa Cesar berkahwin dengan Eva anak perempuan seorang hartawan perbankan yang telah memimjamkan mereka wang untuk menyelamatkan Perbadanan Legacy
daripada muflis.

Tetapi Cesar bingung, Cesar amat mencintai Isabel dan ingin berjuang untuk cintanya dengan Isabel.
Tetapi segalanya berubah apabila Eva memberitahu kepadanya bahawa dia hamil anak Cesar.
Eva hanya berpura-pura dan menipu Cesar. Eva tak boleh
mengandung kerana ada masalah ovari. 



Telenovela ini akan bermula 5 Disember ini di Tv3. Telenovela ini dibarisi oleh pelakon cantik Heart Evangelista, Lovi Poe dan Alessandra De Rosi. Sama-sama kita saksikan drama yang penuh dengan konflik dan air mata di TV3.


Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Tuesday, June 12, 2012

Telenovela Mara Clara TV3



Hai semua,
ramai tak yang suka menonton telenovela Endless Love???
Mestilah kan, sebab pelakon-pelakonnya hensem dan cantik2 belaka...hehe
Seperti yang sedia maklum, telenovela Endless Love bakal berakhir tak lama lagi.
Jadi Tv3 akan menyiarkan satu lagi telenovela dari Filipina yang bertajuk Mara Clara.


Sinopsis:

Mara dan Clara tertukar semasa dilahirkan. Mara seorang yang bijak dan manis tetapi 
dibesarkan dalam keluarga yang miskin.

Clara pula seorang budak yang bijak tetapi manja ini kerana dia di besarkan dalam keluarga yang
kaya raya.



Mara dan Clara adalah sahabat yang rapat di sekolah.
Tetapi lama kelamaan Clara membenci Mara kerana Clara beranggapan Mara ingin
merampas kehidupan yang dimilikinya. Clara banyak membuli dan menyeksa Mara.
Sehinggalah rahsia sebenar mereka terbongkar.



Itulah serba sedikit sipnopsis daripada telenovela ini. Cerita pasal anak tertukar lagi nampaknye..hehe
Telenovela Mara Clara adalah di adaptasi dari novel yang terjual di Filipina.
Telenovela ini akan di tayangkan pada 13/06/2012 di Tv3.
So, pada peminat-peminat telenovela jangan lepaskan peluang menonton telenovela Mara Clara ni ekkk..!!

 


Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Saturday, April 7, 2012

Telenovela Endless Love (Autumn In My Heart) at tv3




Mulai 9 april 2012, tv3 akan menayangkan satu lagi siri telenovela dari Filipina
yang bertajuk Endless Love. Siri telenovela Endless Love akan mengantikkan 
Siri telenovela Liltle Star yang sudah tamat kisahnya.

Siri telenovela yang mempunyai 38 episod ini bermula dari hari isnin hingga
khamis jam 3 petang.

Drama siri korean yang popular suatu masa dahulu, Autumn In My Heart kini dalam versi
filipina lakonan Marian Riveira & Ding Dong Dantes ( pernah popular dalam siri Marimar).

Ia mengisahkan Johnny dan Jenny membesar sebagai adik dan abang. 
Selepas Jenny mengetahui bahawa dirinya bertukar dengan adik kandung Johnny sewaktu dilahirkan,
mereka dipisahkan.

Keluarga Johnny telah berhijrah ke luar negara dan pulang semula ke negara asal selepas sedekad berlalu.
Johnny dan Janny bertemu kembali tetapi Johnny telah bertunang manakala Jenny pula dicintai oleh Andrew.

Namun, masalah mula timbul apabila Johnny dan Jenny tidak dapat membendung perasaan 
rindu dan kasih sayang antara mereka. Hubungan akrab antara mereka kini menjadi cinta.

Apakah yang bakal berlaku seterusnya??
Bagi yang dah pernah menonton drama siri korean Autumn In My Heart pasti dah tahu jalan ceritanya macam manakan...

0k.. selamat menonton semua.. :)



Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Originally By Diana Hana