Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih

Friday, August 26, 2011

Petua Lembutkan Tangan

Hampas kelapa yang tidak digunakan jangan dibuang terus kerana ada kegunaannya. Gunakannya dengan meramas hampas itu dengan kedua-dua belah tapak tangan. Amalkannya selalu. Hasilnya tangan anda akan menjadi lembut tanpa penggunaan losyen. 


Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Wednesday, August 24, 2011

Petua Lebatkan Rambut


Apa yang anda perlukan untuk melebatkan rambut ialah pati santan dari sebiji kelapa. Pati santan kelapa adalah bahan penting dalam usaha untuk melebatkan rambut secara tradisional.

Untuk mendapatkan pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan. Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang hampasnya. Basahkan rambut anda dahulu dan lumurkan pati santan ke kesluruhan kepala sehingga ke akar rambut. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam.  

Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam. Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu. Untuk mengekalkan rambut lebat dan elak dari gugur, amalkan tips ini: - Pilih syampu rambut yang sesuai dengan jenis rambut anda. - Gunakan sikat rambut bergigi jarang. - Pastikan rambut anda benar-benar kering sebelum memakai sebarang produk tambahan seperti krim rambut atau gel. Sama juga untuk wanita bertusung, pastikan rambut benar-benar kering sebelum memamakai tudung.

Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Dendang Perantau

Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia

( korus )
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau

( ulang korus hingga akhir )

Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Saturday, August 20, 2011

Petua Kempiskan Perut

1.Kempiskan perut dengan Asam Keping.
-Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas..
-Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air menjadi suam..
-Minum setiap pagi dan malam.
-Jika di amalkan selalu insyaalah perut yang buncit akan berkurangan.

2.Lansing dengan teh dan limau kasturi.
-Sebelum sarapan pagi elok di amalkan minum teh tanpa gula.
-Perahkan jus limau kasturi ke dalam teh anda.

3.Lansing dengan daun cekur.
-Ambil segenggam daun cekur, tepung beras,asam jawa,gula merah, gula pasir & garam.
-Campurkan kesemua bahan tadi dan di tumbuk.
-Masukkan 1/2 gelas air.
-Tapis dan minum selama 4 hari berturut- turut.

4.Khasiat asam jawa.
-Ramas air asam jawa dalam 1 gelas.
-Masukkan air tadi ke dalam peti sejuk.
-Minum air tersebut selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.
-Lemak di badan pasti akan berkurangan.

5.Lansing dengan biji manjakani.
-Ambil 4 biji manjakani, 5 biji lada hitam dan 3 ulas bawang putih.
-Campur kesemua bahan tadi dan di rebus di dalam periuk tanah.
-Biar mendidih dan di sejukkan.
-Minum air rebusan ini 2 hari berturut-turut.
-Ia melansingkan badan di samping merawat luka dalaman bagi ibu yang baru bersalin.

6.Temu hitam.
-25 gm temu hitam
-25 gm bonglai
-Air 400 ml
-Rebus kesemua bahan tadi ke dalam air sehingga menjadi 200 ml.
-Selepas suam, masukkan sedikit jus limau nipis dan minum setiap hari semasa berpantang.


Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Tuesday, August 16, 2011

Petua Mengubat Gastrik

Dapatkan seketul kunyit hidup.
Bersihkan kunyit dan parut atau kisar.
Campurkan dengan sedikit air masak dan tapis airnya.
Masukkan sedikit madu dan juga sebijik telur kuning.
Minum campuran ini bila terasa sakit. 


Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Hilangkan Bau Mulut/Nafas Mulut

1) Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda. Tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separu air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

2) Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga 3/4 tinggi periuk Masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarka sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

3)Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam seama 5 minit. Minum air tersebut. Amalkan setiap hari.

4) Ambil beberapa helai daun sirih. Ramas hingga keluar jusnya. Masukkan ke dalam air kosong dan kacau hingga sebati. Tapis dan minum. Amalkan setiap hari.

5)Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam segelas air suam. Biarkan selama 5 minit dan kumur dengan air itu. Amalakan 2 kali sehari setiap hari.

6)Kunyah sebatang kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam.

Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Friday, August 12, 2011

Renungan Ramadhan

Assalamualaikum

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Di antara sunat puasa yang sering dipandang ringan oleh ramai umat Islam kini ialah bersahur. Bersabda Nabi (saw): “ Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat.” (hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain, Nabi (saw) bersabda: “ Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antaramu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para Malaikat-Nya akan mengucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur”. (hadis Riwayat Ahmad) Dan adalah disunatkan kita melewatkan sahur tersebut, seperti dinyatakan oleh ‘Amar bin Maimun mengenai para sahabat Nabi (saw): “Para sahabat Nabi Muhammad (saw) itu adalah orang-orang yang paling bersegera berbukanya dan paling lambat bersahurnya”
(Riwayat Baihaqi) Di sana terdapat hikmah dan berkat yang besar dari sahur dan melewatkannya. Pertama,
ia memberi kekuatan kepada yang berpuasa. Tetapi lebih besar ertinya pada kita ialah sahur memberi peluang untuk mendapat ucapan selawat dari Allah dan para malaikat.

Bukan mudah untuk kita melayakkan diri menerima ucapan selawat daripada Pencipta dan Penguasa Alam dan para malaikat-Nya. Ini merupakan satu anugerah yang perlu direbut oleh setiap insan. Mengingatkan anugerah ini, pastinya tidak terlalu sukar untuk kita bangun esok pagi untuk bersahur. Satu lagi hikmah yang besar dari sahur yang lewat ialah ia akan memastikan kita berjaga di penghujung malam menjelang subuh; satu saat yang amat mustajab untuk berdo’a.

Ambillah peluang bangunnya kita di waktu sahur untuk menunaikan dua rakaat solat tahajjud atau hajat dan berdo’alah kepada-Nya Yang Maha Mendengar. Di samping itu, bangunnya kita untuk bersahur menjelang subuh akan memastikan agar kita dapat solat subuh di awal waktunya; satu amalan yang amat disukai. Menurut sebuah hadis dari Abu Mas’ud al-Ansari: “ Bahwa Rasulullah (saw) melakukan solat subuh di saat kelam pada akhir malam (diawal waktu subuh), kemudian pada kali lain dilakukannya ketika hari mulai terang.
8 Setelah itu solat tetap dilakukannya pada waktu gelap tersebut sehingga beliau wafat, dan tidak pernah lagi di waktu hari telah mulai terang.” (riwayat Abu Daud dan Baihaqi)

Di samping itu, berkesempatan pula kita bersolat sunat subuh yang disebutkan oleh Nabi (saw):
“Dua rakaat sunat subuh itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Tirmidhi dan an-Nisa’i) Oleh itu, kita tidak boleh memandang sahur hanya sekadar untuk makan menambah tenaga bagi menguatkan badan; mungkin tidak diperlukan jika seseorang merasakan dirinya telah kuat. Tetapi sahur adalah lebih dari itu; ia adalah satu sunnah Nabi, melakukannya memberi kita peluang mendapat selawat dari Allah dan para malaikat, peluang untuk berdo’a di saat yang mustajab, dapat solat subuh di awal waktu dan dapat pula bersolat sunat yang begitu besar ganjarannya. Semoga Allah mempermudahkan kita untuk istiqamah di atas sunnah Nabi-nya.

Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Wednesday, August 10, 2011

Si Comel

Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ni merupakan hari yang ke 10 kita sebagai umat islam berpuasa. Syukur yang tak terhingga juga kita masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan ini oleh-Nya.

Hari ni genaplah 7 hari usia anak buah saya, Muhammad Hanif Rayyan Bin Hairunizam yang lahir pada ramadhan yang ke 4 bayi kepada abang ngah & kak ngah saya. Kelahirannya memang di nanti-nantikan oleh kami sekeluarga. Almaklumlah si comel ini merupakan cucu sulong dalam keluarga kami. 

Muhammad Hanif Rayyan Bin Hairunizam
 Setakat ni belum face to face lagi dengan Hanif. Sibuk dengan tugasan harian. Tak sabar rasanya nak berjumpa dengan Hanif. 


Hanif
Raya ni tak dapat beraya dengan si comel ni la, sebab mama Hanif masih berpantang di rumah maknya. So kena tunggulah mama Hanif habis pantang.


Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Originally By Diana Hana