Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih

Thursday, September 22, 2011

Lirik Lagu OST Telenovela Bella Calamidades

 (judul Lagu No Me Dejes, nyanyian Paola Vargas dan David Castro )



No puedo olvidar 
el tono de tu voz
me extendio la mano
necesitaba amor 

- No puedo olvidar
el mar de tus ojos
si en el fondo de ellos
brilla mi dolor 

- Cuanto tiempo debo..
esperar un rayo de sol
cuanto tiempo debo..
caminar para llegar a tu amor

- No me esperes
no me dejes
yo te encuentro en su momento

- No me hables
no te busco
yo me pierdo entre tus besos
no lo puedo evitar
ni tu ni yo
lo podemos evitar

- No me esperes
no me dejes
yo te encuentro en su momento

- No me hables
no te busco
yo me pierdo entre tus besos
no lo puedo evitar
ni tu ni yo
lo podemos evitar  



Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Sunday, September 18, 2011

Apam Blossom/Apam Polkadot

Resepi ni saya ambil dari http://www.myresipi.com/ dan try buat petang tadi. Senang dan mudah membuatnya. Bahan-bahan pun senang dapat. Rasanya pun sedap, patutlah apam ni semakin popular, korang try lah......  

tak buat pun dot dot, deco ikut suka je ni..hehe



Bahan-bahan
 
ni je yg sempat snap..yg lain2 habis kena ngap... nyumm.nyumm
  1.  3 biji telur
  2. 275gm tepung gandum
  3. 220gm gula
  4. 150ml susu segar/susu cair@sejat
  5. 3 sudu kecil baking powder
  6. 1 sudu ovalette
  7. filling- kaya, blueberry, strawberry @ apa-apa jenis jem kegemaran anda
  8. 1 sudu vanilla
  9. pewarna- ikut pilihan anda 
Cara-cara:   
  • masukkan telur dan gula ke dalam mixer, pukul sampai kembang, dah kembang masukkan susu, tepung, baking powder dan ovallette, pukul lg dengan kelajuan maksima sampai kembang.
  • dah kembang bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna ikut pilihan anda.
  • masukkakn setiap adunan berwarna ke dalam pipng bag, atau plastik bersih.
  • picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas setengah sahaja.
  • letakkakn jem atau filling kegemaran anda 
  • picitkan lagi aduanan yang sama @ warna berbeza  sehingga hampir penuh.
  • last sekali dot dot atau deco corak ke atas adunan dalam mangkuk kertas tadi dengan warna pilihan anda. 
  • kemudian kukus selama 10-15 minit sehingga masak. Pastikan di kukus dengan api yang kecil dan penutup pengukus di balut dengan kain.

Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Monday, September 12, 2011

Petua Kurangkan Bau Petai

Ada yang suka makan petai ke? Mestilah adakan, dan baunya pun sungguh kuat menusuk hidungkan, so saya nak share sedikit petua untuk kurangkan bau petai ni. Berikut adalah antara cara yang boleh diamalkan untuk mengurangkan bau petai. 

- Rendamkan petai yang telah dipotong dengan air basuhan beras selama sejam. Kemudian bilas dengan air bersih dan bolehlah dimasak.

- Masukkan terung dalam masakkan yang menggunakan petai.




Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Thursday, September 8, 2011

Puding Diraja Pahang

gambar ambik dari google



Bahan-bahan: 

4 sikat pisang lemak manis- dibuang kulit
1 cawan biji gajus-digoreng
3 genggam urat emas/ jala emas
200 gram buah prun-dipotong empat
beberapa buah ceri merah/hijau
2 sudu besar minyak sapi-untuk elakkan pisang dari melekat
sedikit minyak untuk menggoreng

bahan kuah puding: 

1 tin susu cair/sejat
3 biji telur-ambil kuning sahaja
2 helau daun pandan-disimpul
1/2 tin air
1 cawan gula-ikut cita rasa
1/2 sudu esen vanila

Cara membuat:
  1. panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh.
  2. Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan. 
  3. Goreng biji gajus.    
Cara membuat kuah puding:

  1. Pukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur. 
  2. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap. 
Cara Hidang:
  1. Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan urat emas. 
  2. Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.

Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Puding susu buah-buahan

puding dalam acuan

Resepi puding ni saya jumpa kat http://www.myresipi.com dan saya nak sharekan kat sini. Saya dah buat banyak kali dah guna resepi ni. Memang sedap, ramai yang puji..... korang try la.....

Puding yang belum di potong
             


Bahab-bahan:

1paket agar-agar
2 biji telur
4 cawan air
1/2 susu cair
1 cawan gula
2-3 sudu besar tepung karstad
1 tin fruit cocktail

Cara-cara:

  1. Masak agar-agar dengan air dan gula. 
  2. Pukul telur dengan tepung karstad, kacau rata dan ketepikan. 
  3. Bila campuran agar-agar larut, masukkan susu cair. Bila mendidih, masukkan campuran telur dan karstad. Masukkak juga fruit cocktail. 
  4. Kemudian masukkan ke dalam loyang atau acaun  yang disukai. sejukkan dan bolehlah dihidangkan. 
Sumber: junjs11@myresipi.com

Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Dah Namanya Pun Raya

Assalamualaikum..

Selamat hari raya semua dan selamat hari kemerdekaan yang ke 54. Dalam diam tak diam hari ni dah syawal yang ke 10. Alhamdulillah kita masih lagi di beri kesempatan untuk bernafas di muka bumi-Nya ini. Macam mana raya korang semua tahun ni?? Mesti meriahhkan, banyak dapat duit raya tak??? 

Dah namanya pun hari raya kan, mesti bermacam-macam juadah yang di masak yang di makan. Pendek kata, dari pagi sampai ke malam bermacam-macam makanan yang korang da makan kan. Rendang, ketupat, lemang, dodol yang tu memang dah wajib ada tiap-tiap kali raya kan. Mungkin ada yang dah buat perancangan, raya pertama nak masak apa, raya ke dua nak masak apa kan. Pendek kata memang tak boleh nak dietlah jawabnya kan....hehe

Dah namanya pun hari raya kan, nilah masanya adik-beradik, sanak-saudara yang jauh merantau pulang berkumpul ramai-ramai untuk menyambut hari raya bersama-sama, melepaskan rindu yang sekian lama tak berjumpa. Meriahkan, along, angah, teh, paklang, ayah jang, makcik peah, makcik tipah semua kaum kerabat ada. Pendek kata, penuh 1 rumah kat kampung tu dengan saudara-mara, cucu-cucu. Bila malam anak beranak tidur bergelimpangan kat ruang tamu, mana taknya dah rumah penuh . Masa ni mak bapaklah yang paling gembira, tengok anak-anak depan mata.

Dah namanya pun hari raya kan, masa ni lah macam-macam kenduri nak buat, mana tak nya, dah semua cuti kan, mesti semua ada. Ada yang buat kenduri kahwin, kenduri bertunang, kenduri doa selamat, open house, majlis hari lahir. Pendek kata macam-macamlah kendurilah. Masa ni tak terkira jemputan, pendek kata dalam satu hari adalah dalam 2 atau 3 kenduri yang yang dijemput. 


Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Originally By Diana Hana