Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih
Showing posts with label Tahukah Anda??. Show all posts
Showing posts with label Tahukah Anda??. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Kranberi Untuk Kesihatan Gigi & Kulit



Hai semua, hari ni saya nak share sedikit info dengan anda semua. Bagi yang ada masalah kesihatan gigi dan kulit info ini amat berguna untuk anda. 

Buah kranberi bukan saja menghalang jangkitan pundi kencing, tetapi turut berupaya mencegah bakteria daripada melekat pada gigi sekaligus menjadikan gigi berada dalam keaadaan bersih nagi tempoh yan lebih lama. Masalah nafas berbau juga dapat diatasi dengan kranberi kerana keupayaanya memusnahkan bakteria berbau busuk penyebab nafas berbau.

 

Bukan itu sahaja, buah kranberi juga mampu mencantikkan dan menyihatkan kembali kulit kusam dan berkedut. Malah kemampuan buah beri itu dalam menyerap radikal oksigen atau ORAC dipercayai dapat mencerahkan dan meremajakan kulit.

Kranberi juga dikatakan mampu menguatkan dan menyihatkan otot serta tulang kanak-kanak. Di samping turut berkesan menjaga kesihatan kulit dan mengurangkan risiko jangkitan penyakit.





Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Thursday, December 29, 2011

Mencantikkan Wajah Dengan Menggunakan Buah Strawberi


Hari ni ingin berkongsi sedikit tips kepada anda semua, bagi yang ingin sentiasa inginkan wajah yang cantik tips ini sesuai untuk anda. Senang dan mudah tanpa memerlukan belanja yang besar sperti berkunjung ke pusat rawatan kecantikkan, dengan hanya duduk di rumah pun anda boleh melakukannya.

Cara-caranya:

campurkan tiga buah strawberi dan sesenduk madu ke dalam bekas, kemudian hancurkan buah strawberi untuk dijadikan masker dan gaul sebati dengan madu tadi.

Oleskan pada wajah dan biarkan selama 30 minit. 

Setelah masker sudah kering, gosokkan dengan melingkar untuk meluruhkan sel-sel kulit mati dan melancarkan peredarab darah.

Setelah itu, basuh dengan air suam. Lakukan rawatan ini seminggu sekali.
khasiat untuk mencerahkan kulit dan khasiat madu adalah untuk melembapkan kulit.

SELAMAT MENCUBA...

Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Sunday, December 25, 2011

Menghilangkan Minyak Pada Wajah


Keunikan buah epal ialah ia tidak mempunyai lemak, mengandungi kandungan nutrien dan serat termasuk antioksidan yang meningkatkan prestasi badan. Buah epal juga baik untuk mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser, sekaligus dapat mengurangkan kolesterol darah. Buah epal sesuai digunakan untuk wajah yang brminyak. 

Caranya dengan mengambil 1 biji buah epal, kemudian dipotong-potong dan masukkan ke dalam pengisar. Kemudian, kisar epal sehingga halus tanpa menggunakan air.

Setelah dikisar sapukan secara merata pada wajah anda. Sebelum menyapunya seeloknya anda membersihkan dahulu wajah.

Setelah penyapuan tersebut, biarkan ia selama 20 minit dan kemudian bersihkan wajah dengan air suam berserta air sejuk untuk membiarkan liang-liang pori terbuka.

Lakukan seminggu sekali untuk kesan terbaik. Dengan khasiat buah-buahan ini dapat memberikan manfaat dan menjadikan wajah anda segar dan cantik secara alami tanpa menggunakan ubat-ubatan kecantikkan.

SELAMAT MENCUBA....


Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Thursday, October 6, 2011

Susu ibu: Khasiat & Kebaikan kepada ibu dan anak

Susu ibu adalah makanan semulajadi yang dianugerahkan khusus untuk bayi. Susu ciptaan Ilahi ini sememangnya memenuhi khasiat semulajadi yang cukup untuk tumbesaran seorang anak.
Ia adalah cecair yang dihasilkan secara semulajadi dan psikologi untuk bayi manusia. Pakar sains menemui kelebihan terbaru yang ada pada susu ibu, iaitu ia kerap bertukar berdasarkan keperluan bayi berbanding susu formula.

Kebaikan untuk ibu 
  • Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan.
  • Menjarakkan kehamilan secara semulajadi melalui Lactational Amenorrhea Method (LAM)
  • Mengurangkan risiko penyakit payudara,ovari, uterine, dan osteoporosis
  • Membantu ibu kembali ke berat badan asal selepas melahirkan bayi dan mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
Kebaikan untuk bayi
  • Kandungan kolostrum dalam susu ibu yang awal merupakan sumber imunisasi pertama bayi
  • Mengurangkan masalah alergi dan sistem penghadaman dan risiko obesiti serta diabetes untuk bayi apabila dewasa kelak
  • Membekalkan zat-zat dan sumber nutrisi untuk tumbesaran optimum.
  • Kajian menunjukkan bayi yang menyusu badan mempunyai perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ yang lebih tinggi, iaitu lima mata berbanding bayi yang menyusu susu formula)
  • Susu ibu untuk bayi pra-matang mengandungi kandungan protien yang tinggi manakala susu ibu bagi bayi usia lapan bulan pula mempunyai kalori tinggi berbanding bayi berusia sebulan.

Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Wednesday, July 13, 2011

Oh Burger..!!!

Pada tahun 1885, seorang kanak-kanak berusia 15 tahun, Charles Nagreen menjual bebola daging di Seymour, Amerika Syarikat. Bagaimanapun bebola dagingnya itu tidak mendapat sambutan. Kemudian dia mendapt idea baru bagaimana melariskan bebola dagingnya itu. Charles cuba meleperkan bebola dagingnya dipanggang. Kemudain ia diletakkakn di tengah-tengah roti yang dibelah dua. Maka bermulanya makanan yang dinamakan burger. 

Hamburger

Charles Nagreen


Charles kemudian dikenali sebagai Hamburger Charlie. Charles menjual burger sehingga usianya tua dan meninggal dunia pada tahun 1951. Ada pula pendapat mengatakan burger mula dijual pada tahun 1904 di St. Louis Fair oleh Fletcher Davis. Bagaimanapun Fletcher adalah orang pertama yang memperkenalkan penggunaan mustard dan bawang dalam burger. 

Fletcher Davis
Daging Burger




Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Air Susu Elak Diabetes, Air Soya Hindar Barah

Info ini hanya untuk lelaki... Lelaki yang selalu minum air susu segar (bukan susus manis) boleh mengurangkan diabetes. Kebarangkalian untuk menghindarnya iaitu ialah 25 %. Manakala lelaki yang minum air soya dapat menghindar barah prostat.  

 




Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Thursday, July 7, 2011

Cukup Makan Seekor Ketam Saja!!

Ketam kaya dengan khasiat protien dan kandungan lemaknya adalah jenis lemak tepu. Seekor ketam boleh dikatakan terlalu banyak khasiat untuk seseorang. Untuk mendapatkan khasiat protien pada ketam, cukup hanya memakan setengah ketam sekor ketam saja. Ketam dikatakan boleh menggemukkan jika cara memasaknya menggunakan mentega dan mayonis, dan ternyata ia tidak sesuai untuk diet biarpun ia berperotien.


Oleh itu disyorkan ketam dimakan dengan cara merebus dan diperah dengan limau ataupun dimasak sup. 100 gm isi ketam sudah cukup menyalurkan 19 gm protien dan kandungan mineral asid amino.Kedua-dua elemen itu adalah rendah lemak dan kalori, bahkan rendah kolestrol dan karbohidrat.
Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Apakah Itu Acai Berry


Buah acai adalah buah nombor 1 dalam kategori 'Superfruit'. Hal ini terbukti apabila kajian menunjukkan ia kaya dengan lemak, protien, kalsium, asid amino, vitamin dan anthocyanim. Flesibiliti dari acai berry ini membuatkan ia menjadi buah pilihan terkini. 


Tinggi Tahap Antioksidan 


Antioksidan yang terkandung dalam acai berry adalah 10 kali ganda dari buah anggur dan dua kali ganda dari blueberry. Antioksidan membantu mempercepatkan pembahagian sel, mengurangkan kedutan dan memelihara kulit.


Kaya Dengan Lemak Yang Sihat. 


Acai berry kaya dengan asid lemak esensial yang dapat membantu untuk mengawal kolestrol LDL yang tidak diperlukan dan menjadi HDL kolestrol yang diperlukan dalam tubuh manusia.

Kaya Antioksidan 


Antioksidan amat diperlukan sebagai sebatian untuk menetapkan kolestrol, akhirnya mampu mencegah penyakit jantung.

Sumber Terbaik Untuk Asid Amino Dan Protien


Para saintis telah menemui dan dikenalpasti bahawa ada lebih dari 19 jenis asid amino dalam diet acai berry dan ia mempunyai lebih dari 8 gram protien per 100 gram produk.

Excellent Sumber Vitamin Dan Mineral 


Vitamin dan mineral yang telah dijumpai dalam acai berry termasuk, vitamin A, B1, B2, B3, C, F, kalsium, magnesium, zink dan tembaga.

Sistem Pencernaan Lebih Sihat

Acai berry yang kaya dengan serat makanan dapat membantu mengurangkan kolestrol dalam darah dan meningkatkan sistem pencernaan.

Kelebihan Acai Berry 


Acai berry memiliki sifat gizi dan kaya dengan:

  • Lemak Omega (jenis yang baik, tidak seperti lemak yang ditemui dalam makanan segera)
  • Asid amino
  • Antioksidan
  • Protien
  • Vitamin A, B1 dan E 
Orang-orang dari Amazon telah menggunakan acai berry selama bertahun-tahun kerana mereka tahu tentang kelebihan itu. Sudah diguanakan dalam pelbagia sajian pemakanan sperti sarapan, minuman, makanan lewat petang atau malam. Ini kerana mereka yakin akan keperluan tubuh badan mereka dapat dipenuhi dengan segala kebaikkan yang terdapat dalam acai berry. Nutrisi acai berry terbukti mempunyai manfaat yang amat besar, dan ia harus menjadi pemakanan tambahan dalam menu pemakanan sehari-hari.



Permakanannya secara berterusan dapat membantu:

  • Mengurangkan berat badan.
  • Membantu dengan disfungsi seksual
  • Merawat insomnia
  • Memnbantu mengurangakan komplikasi diabetes.
Nutrisi yang kuat mampu memberikan manfaat kesihatan yang luar biasa. Itulah sebabnya mengapa acai berry sudah begitu menonjol dipaparkan diperingkat antarabangsa dan diantara programnya "Talk Show" seperti The Today Show, Oprah Winfrey Show dan banyak lagi.


Para penyelidik di University of Florida menguji kelebihan acai berry dan didapati terdapat element penting darinya yang dapat membantu dalam usaha mnghapuskan sel-sel leukemia yang sedang membiak. Ini bukan untuk mengatakan bahawa acai berrt dapat menyembuhkan kanser, namun sekurang-kurangnya kajian menunjukkan amalan memakan acai berry secara berterusan membantu memperbaiki tahap kesihatan kita ke arah yang lebih baik.
Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Fakta Menarik Tentang Kopi



  1. Kopi dipercayai berasal dari tropika benua Afrika dan dibawa masuk ke negeri ini pada 1779 dan mula ditanam secara komersial pada tahun 1875. 
  2. Di Malaysia terdapat dua jenis kopi ditanam secara komersial iaitu Liberica dan Robusta.
  3. Kopi adalah spesies tanaman berbentuk pohon yang termasuk dalam famili Rubiaceae dan genus coffea.
  4. Pokok kopi boleh hidup lebih 25 tahun dan mencapai ketinggian 6-15 meter.
  5. Daun kopi biasanya tumbuh secara berpasangan dan pokoknya mula berbunga ketika berunur 18 bulan hingga 3 tahun. Bunga keluar dari daun dan biasanya berbentuk beberapa jambak.
  6. Buah kopi berwarna hijau semasa belum matang dan bertukar kekuningan dan merah sewaktu matang dan masak.  
  7. Kopi memerlukan hujan tahunan sebanyak 2,000-3,000 mm dengan purata suhu 18 celcius - 28 celcius dan kelembapan bandingan 70 % - 90%.
  8. Kopi subur pada hampir semua jenis tanah. Ini termasuk tanah volkanik, granik, batu loh dan batu pasir.
  9. Penyakit yang biasa menyerap kopi ialah karat kopi (Hemilia vastrix), penyakit bebenang putih ( Maraseillus scandeus), penyakit ungu ( Corticum salmonicolor), anthactnose ( Collettricum sp).
  10. Kopi Liberica mula masak dalam masa 8-13 bulan sementara kopi Robusta dalam masa 9-10 bulan. 

Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Originally By Diana Hana