Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih

Saturday, July 2, 2011

Petua Hari Ini 2

Legakan Kembung Perut 


Untuk melegakan kembung perut bayi, bakar bawang putih dan titikkan ke dalam minyak kelapa. Kemudain sapukan di perut dan belakang bayi. Kembung bayi akan reda.

Atasi Angin Pucuk Ubi 


Sesetengah orang akan berasa pening kepala apabila memakan pucuk ubi. Cara untuk mengatasi angin bila makan pucuk ubi ialah dengan merendam pucuk ubi dan dicampur dengan sedikit garam. Kemudian bolehlah terus memasaknya tanpa perlu mencelurkannya.

Lembutkan Ayam Tua 


Untuk mengatasi masak ayam tua yang keras dan liat dengan memotong ayam tersebut dalam bentuk kecil-kecil. Kemudian rebus dengan air kelapa hingga empuk. Setelah itu, tuskan airnya. Barulah dimasak gulai atau goreng.

Hilangkan Pahit Daun Betik    


Ambil daun betik dan daun senduduk, rebus bersama air setengah periuk dan rebus hingga lembut. Hasilnya daun betik itu tidak akan pahit dan sedap dibuat ulam, makan bersama sambal belacan.

Buang Kulit Ikan Cencaru 


Kulit ikan cencaru memang susah untuk disiat. Untuk memudahkkannya, selepas balik dari pasar, masukkan terus ikan cencaru ke dalam peti sejuk. Apabila hendak memasak, keluarkan seketika. Kemudian barulah disiang, kulit cencaru yang susah disiat akan menjadi mudah dan ikan tidak hancur
Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

0 comments:

Post a Comment

Originally By Diana Hana