Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih

Friday, July 1, 2011

Drama Slot Zehra Tv3 - Tahajjud Cinta

Salam, hai semua..
Kat sini ada sedikit info tentang drama terbaru untuk slot zehra tv3. Semua sudah sedia maklum bahawa drama Keranamu Laila akan berakhir pada hari ini 01/07/11. Kepada peminat-peminat drama Keranamu Laila jangan lupa ek malam ni pukul 9 malam. Kita nantikan ape kesudahannya. Menanti untuk di tayangkan selepas Keranamu Laila ialah Drama Tahajjud Cinta. 
Tahajjud Cinta adalah hasil arahan Erma Fatimah yang juga merupakan pelakon Tahajjud Cinta. Para pelakon yang membintangi drama ini ialah Fazura, Fauziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin dan Neelofa, Turut berlakon Norish Karman, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Fazreen, Heryanto, Fadhilah Mansor, Melissa Saila dan ramai lagi.

Sinopsis:
 Tahajjud Cinta mengisahkan pengorbanan dua orang wanita, Citra Maisara (Fazura) dan Seri (Fouziah Gous) dalam memperjuangkan kebenaran, hak asasi dan reputasi kaum hawa. Berasal dari dua latar belakang yang berbeza, Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi.
Selama 5 tahun belajar di luar negara, ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang dihantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah. Di situ, Citra bertemu semula dengan kawan karibnya, Seri yang berkongsi cita-cita yang sama.


Jangan lupa saksikan pada 8 julai depan jam 9 malam ekkk…!!!

Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

0 comments:

Post a Comment

Originally By Diana Hana