Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih

Saturday, July 28, 2012

Jenis-jenis Kurma



Terdapat 1400 jenis kurma di seluruh dunia.
Ini pula 10 jenis kurma yang paling popular


1. Kurma Nabi/Ajwa
Tumbuh di tanah Madinah (Saudi Arabia)
Warna Hitam,tekstur lembut, tidak manis dan rasanya hampir sama dengan kismis.


2. Kurma Sekki

Mempunyai dua warna. Bahagian atas mempunyai warna kekuning-kuningan,
bahagian bawahnya berwarna kecoklat-coklatan. Bahagian berwarna kuning lebih keras sedikit berbanding bahagian coklat yang lebih lembut dan kenyal. Rasa tidak terlalu manis dan tawar.


3. Kurma Barhi

Bertekstur lembut seperti isi durian dan berwarna coklat merah. Rasa manis-manis dan 
dan ada sedikit rasa caremel.


4. Kurma Kholas

Berwarna coklat keemasan dan mirip seperti kurma barhi.
Tekstur yang lembut dan hanya ada citarasa coffee caramel. Kemanisannya hanyalah sedang-sedang saja.


5. Kurma Khidri

Berwarna merah maron gelap. Tekstur lebih kering dan kenyal dan tidak terlalu manis.


6. Kurma Moctaumi

Berwarna sedikit kemerahan. Permukaannya agak kereput dan kenyal
dan rasanya manis.


7. Kurma Sokari

Berwarna kuning kecoklatan. Teksturnya kenyal dan lembut tetapi ada juga jenis yang keras.
Kelihatan sedikit kering dan manis dan paling di sukai di Arab Saudi.


8. Kurma Siraj

Berwarna coklat kemerahan dan berbentuk lonjong.
Tekstur lembut dan manis sedang.


9. Kurma Majol

Berwarna coklat. Rasa sangat manis dan kenyal dan mudah merekah.


10. Kurma Monief

Berwarna coklat terang, mempunyai rasa yang manis sedang.
Serta tekstur yang lembut.











Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Friday, July 20, 2012

7 Ramadhan slot Samarinda Tv3




Mengisahkan tentang Sufiah yang sentiasa menerima pelbagai dugaan dalam hidupnya.
Semasa muda Sufiah bercinta dengan Mustaza dan hidupnya telah dirosakkan oleh Mustaza sehingga dia melahirkan anak luar nikah yang bernama Iqram pada tarihk 7 ramadhan.
Mustaza selalu memaksa Sufiah menjadi pelacur untuk meneruskan kehidupan.

Pada satu hari, Sufiah dan Mustaza telah bergaduh dan Mustaza telah mencampak anak mereka Iqram sehingga meninggal dunia. 
Selepas kejadian itu, Sufiah berkerja di rumah anak-anak yatim. Dia telah mengambil anak angkat yang bernama Ramadhani.

Sufiah terpaksa menerima dugaan lagi, apabila anak angkatnya Ramadhani menjadi anak yang tidak mengenang budi apabila dewasa. Banyak pembohongan yang di lakukan oleh Dhani demi kebaikan dirinya sendiri.

Pada 7 Ramadhan juga merupakan hari kovonkensyen Dhani di kolej. Dhani melarang ibunya, Sufiah hadir ke majlis konvokesyennya kerana tidak mahu teman wanitanya Anna mengetahui tentang ibunya. Demi mengambil hati ibu Anna, Datin Audrey yang mementingkan darjat, Dhani telah berbohong bahawa dia adalah anak orang kaya yang telah di abaikan oleh ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerja.

Dhani yang sudah bosan hidup dalam kemiskinan nekad untuk merubah hidupnya dan masuk ke dalam keluarga Anna yang mewah walaupun terpaksa melukai hati ibunya, Sufiah.

Pelakon: 

Elly Suriati (Sufiah)
Fir Affandi (Ramadhani)
Ana Dahlia (Anna)
Tania Zainal
Mustpha Kamal
Sherry Abdullah
Nabila Huda ( Sufiah semasa muda)
Roy Azman (Mustaza)

Saksikan kesudaha drama ini setiap selasa dan rabu 10.30 malam dan Khamis 9.30 malam
bermula 19 Julai 2012








Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Originally By Diana Hana