Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih
Showing posts with label Info Sihat. Show all posts
Showing posts with label Info Sihat. Show all posts

Saturday, July 28, 2012

Jenis-jenis Kurma



Terdapat 1400 jenis kurma di seluruh dunia.
Ini pula 10 jenis kurma yang paling popular


1. Kurma Nabi/Ajwa
Tumbuh di tanah Madinah (Saudi Arabia)
Warna Hitam,tekstur lembut, tidak manis dan rasanya hampir sama dengan kismis.


2. Kurma Sekki

Mempunyai dua warna. Bahagian atas mempunyai warna kekuning-kuningan,
bahagian bawahnya berwarna kecoklat-coklatan. Bahagian berwarna kuning lebih keras sedikit berbanding bahagian coklat yang lebih lembut dan kenyal. Rasa tidak terlalu manis dan tawar.


3. Kurma Barhi

Bertekstur lembut seperti isi durian dan berwarna coklat merah. Rasa manis-manis dan 
dan ada sedikit rasa caremel.


4. Kurma Kholas

Berwarna coklat keemasan dan mirip seperti kurma barhi.
Tekstur yang lembut dan hanya ada citarasa coffee caramel. Kemanisannya hanyalah sedang-sedang saja.


5. Kurma Khidri

Berwarna merah maron gelap. Tekstur lebih kering dan kenyal dan tidak terlalu manis.


6. Kurma Moctaumi

Berwarna sedikit kemerahan. Permukaannya agak kereput dan kenyal
dan rasanya manis.


7. Kurma Sokari

Berwarna kuning kecoklatan. Teksturnya kenyal dan lembut tetapi ada juga jenis yang keras.
Kelihatan sedikit kering dan manis dan paling di sukai di Arab Saudi.


8. Kurma Siraj

Berwarna coklat kemerahan dan berbentuk lonjong.
Tekstur lembut dan manis sedang.


9. Kurma Majol

Berwarna coklat. Rasa sangat manis dan kenyal dan mudah merekah.


10. Kurma Monief

Berwarna coklat terang, mempunyai rasa yang manis sedang.
Serta tekstur yang lembut.











Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Friday, March 23, 2012

Daun Puding Atasi Gatal Di kepala


Bersihkan segenggam daun puding.
Kemudian kisar sehingga lumat.
Setelah di kisar lumat, lumurkan di keseluruhan kulit kepala.
Bungkus kepala dengan tuala bersih selama satu jam.
Akhir sekali bilas dengan air bersih.
Lalukan dua kali seminggu.



Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Tuesday, January 17, 2012

Kranberi Untuk Kesihatan Gigi & Kulit



Hai semua, hari ni saya nak share sedikit info dengan anda semua. Bagi yang ada masalah kesihatan gigi dan kulit info ini amat berguna untuk anda. 

Buah kranberi bukan saja menghalang jangkitan pundi kencing, tetapi turut berupaya mencegah bakteria daripada melekat pada gigi sekaligus menjadikan gigi berada dalam keaadaan bersih nagi tempoh yan lebih lama. Masalah nafas berbau juga dapat diatasi dengan kranberi kerana keupayaanya memusnahkan bakteria berbau busuk penyebab nafas berbau.

 

Bukan itu sahaja, buah kranberi juga mampu mencantikkan dan menyihatkan kembali kulit kusam dan berkedut. Malah kemampuan buah beri itu dalam menyerap radikal oksigen atau ORAC dipercayai dapat mencerahkan dan meremajakan kulit.

Kranberi juga dikatakan mampu menguatkan dan menyihatkan otot serta tulang kanak-kanak. Di samping turut berkesan menjaga kesihatan kulit dan mengurangkan risiko jangkitan penyakit.





Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Thursday, January 12, 2012

Daun Salad Atasi Masalah Pencernaan


Hai selamat tengah hari semua. 
Dah makan tengah hari ke?? kalau dah makan, alhamdullilah..
Bercerita tentang makan, saya ada sedikit info untuk dikongsi bersama anda semua. Tahukah anda daun salad boleh mengatasi masalah percernaan???  Betulkah?? 
Kalau ingin tahu, jom baca tentangnya....

Kaya selulosa membuatkan daun salad segar ampuh dalam mengatasi masalah pencernaan yang dihadapi oleh individu tertentu. Fungsi pelawas yang terdapat di dalamnya berupaya mengurangkan infeksi usus besar, melancarkan sistem pencernaan sekali gus mengatasi masalah sembelit serta penyakit-penyakit lain berkaitan perut.

Campuran jus daun salad bersama jus limau nipis, daun pudina dan sedikit madu pula efektif dalam merawat penyakit dispepsia, mual, muntah-muntah, ketidakhadaman, demam kuning, dab buasir.

Manakala kandungan garam mineral yang tinggi membuatkan daun salad ampuh dalam mengurangkan kadar asid dalam tubuh yang berpunca daripada makanan. Selain itu, dauun salad juga membantu membersihkan darah, meningkatkan daya pemikiran dan memperbaiki kesihatan tubuh individu secara menyeluruh.  



Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Originally By Diana Hana