Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih

Thursday, October 6, 2011

Susu ibu: Khasiat & Kebaikan kepada ibu dan anak

Susu ibu adalah makanan semulajadi yang dianugerahkan khusus untuk bayi. Susu ciptaan Ilahi ini sememangnya memenuhi khasiat semulajadi yang cukup untuk tumbesaran seorang anak.
Ia adalah cecair yang dihasilkan secara semulajadi dan psikologi untuk bayi manusia. Pakar sains menemui kelebihan terbaru yang ada pada susu ibu, iaitu ia kerap bertukar berdasarkan keperluan bayi berbanding susu formula.

Kebaikan untuk ibu 
  • Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan.
  • Menjarakkan kehamilan secara semulajadi melalui Lactational Amenorrhea Method (LAM)
  • Mengurangkan risiko penyakit payudara,ovari, uterine, dan osteoporosis
  • Membantu ibu kembali ke berat badan asal selepas melahirkan bayi dan mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
Kebaikan untuk bayi
  • Kandungan kolostrum dalam susu ibu yang awal merupakan sumber imunisasi pertama bayi
  • Mengurangkan masalah alergi dan sistem penghadaman dan risiko obesiti serta diabetes untuk bayi apabila dewasa kelak
  • Membekalkan zat-zat dan sumber nutrisi untuk tumbesaran optimum.
  • Kajian menunjukkan bayi yang menyusu badan mempunyai perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ yang lebih tinggi, iaitu lima mata berbanding bayi yang menyusu susu formula)
  • Susu ibu untuk bayi pra-matang mengandungi kandungan protien yang tinggi manakala susu ibu bagi bayi usia lapan bulan pula mempunyai kalori tinggi berbanding bayi berusia sebulan.

Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

0 comments:

Post a Comment

Originally By Diana Hana