Menghilangkan Minyak Pada Wajah
Keunikan buah epal ialah ia tidak mempunyai lemak, mengandungi kandungan nutrien dan serat termasuk antioksidan yang meningkatkan prestasi badan. Buah epal juga baik untuk mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser, sekaligus dapat mengurangkan kolesterol darah. Buah epal sesuai digunakan untuk wajah yang brminyak.
Caranya dengan mengambil 1 biji buah epal, kemudian dipotong-potong dan masukkan ke dalam pengisar. Kemudian, kisar epal sehingga halus tanpa menggunakan air.
Setelah dikisar sapukan secara merata pada wajah anda. Sebelum menyapunya seeloknya anda membersihkan dahulu wajah.
Setelah penyapuan tersebut, biarkan ia selama 20 minit dan kemudian bersihkan wajah dengan air suam berserta air sejuk untuk membiarkan liang-liang pori terbuka.
Lakukan seminggu sekali untuk kesan terbaik. Dengan khasiat buah-buahan ini dapat memberikan manfaat dan menjadikan wajah anda segar dan cantik secara alami tanpa menggunakan ubat-ubatan kecantikkan.
SELAMAT MENCUBA....
Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka
Originally By Diana Hana
0 comments:
Post a Comment