Ketumbar atau dalam nama saintifiknya Coriandrum sativum adalah tergolong dalam jenis tumbuhan herba semusim iaitu Apiaceae.Ketumbar berasal dari Eropah Selatan, Afrika Utara dan Asia Barat Daya. Ada yang mempercayai ketumbar mula ditanam di Persia pada 3,000 tahun lalu dan dijadikan sebagai salah satu bahan membuat minyak wangi di zaman Babylon. Di India, tonik ketumbar dijadikan ubat pelega batuk. Ada pula berpendapat ia mula ditanam sejak 5,000 tahun lalu. Rujukkan mengenainya mendapati pokok ketumbar ada di sebut dalam kitab injil dan juga dalam tulisan Sanskrit. Biji ketumbar juga pernah dijumpai dalam keranda masyarakat Mesir dahulu kala.
Kebiasaannya, terutamanya daun segar dan benih keringnya yang sering dijadikan bahan masakan. Ketumbar menjadi ramuan biasa dalam masakan Timur Tengah, Asia Tengah, Mediterranean, Asia Selatan, Mexico, Texas, Amerika Latin, Cina, Afrika dan Asia Tenggara. Ketumbar juga digunakan untuk membuat minuman keras witbier dari Belgium.
7 Perkara Menarik Tentang Ketumbar
- Ahli fizik Greek, Dioscorides dan beberapa penulis buku perubatan herba mendapati ketumbar boleh meningkatkan daya seks lelaki. Selain itu ia dipercayai juga dapat menghilangkan sakit perut kerana sifatnya yang semulajadi pans.
- Sejak zaman Roman lagi, ketumbar digunakan sebagai bahan memerap daging. Selain biji ketumbar, daging diperap dengan campuran cuka dan kunyit.
- Minyak biji ketumbar berfungsi sebagai antibakteria terhadap beberapa organisma. Pada umumnya, dengan pengambilan biji ketumbar yang banyak ia berguna kepada sistem saraf dalam badan, dan mengelakkan kekejangan otot. Bagi penghidap ulser mulut, ia dapat disembuhkan dengan mengunyah biji ketumbar.
- Bagi ibu yang hamil dan menyusukan anak, anda tidak digalakkan mengambil makanan yang banyak menggunakan ketumbar dalam bentuk daun ataupun bijinya.
- Jika anda mengalami masalah hilang selara makan dan kembung perut, ambil dua sudu kecil biji ketumbar dan rebus dengan tiga gelas air, menjadi segelas air. Minum air rebusan tu tiga kali sehari.
- Bagi mereka yang elergi dengan sayuran jenis saleri, anda tidak digalakkan makan ketumbar kerana ia datang dari keluarga yang sama.
- Pokok ketumbar mengandungi protein, karbonhidrat, kalsium, fosforus, zat besi, karotena, vitamin B1, B2 dan C, serta niasin.
Majalah Saji keluaran Ogos 2005.
hope ada yg sudi baca....
ReplyDelete