Petua Dapur
Hai bersiaran lagi kita pada kali ini. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kita masih lagi dipanjangkan umur untuk meneruskan kehidupan di tahun baru ini. SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua. Macam mana azam tahun baru?? Azam tahun lepas macam mana pula ya.... hehe
Ok, untuk entri permulaan tahun baru ni, saya ingin berkongsi sedikit petua dapur bersama anda-anda semua. Mungkin sudah ada yang tahu dan mungkin juga yang belum tahu... yang belum tahu tu, jom kita ambil tahu petua ni, manalah tau kot2 dalam masa terdekat ni ada yang bakal mendirikan rumahtangga dan bakal memasak untuk suami tercinta..hehe
Dan dengan adanya petua dapur ni, mungkin dapat membantu anda memasak.
1. Pisang Goreng Lebih Rangup
Pisang goreng pastinya lebih enak jika rangup, untuk membuatnya lebih rangup adalah seperti berikut. Bancuh tepung bersama garam, kunyit dan air di dalam sebuah mangkuk. Kacau sebati. Kemudian, masukkan minyak masak ke dalam adunan tadi. Kacau bancuhan sekali lagi. Celup pisang ke dalam bancuhan dan goreng pisang sehingga kekuningan.
2.Daging Itik Lembut
Daging itik jika tidak kena cara masaknya sudah tentu akan liat. Bagi mendapatkan daging itik yang lembut, rebus daging itik bersama betik. Biarkan mendidih. Selepas beberapa minit, toskan daging itik itu. Hasilnya daging itik bukan sahaja lembut tetapi lebih enak.
3. Elak Buah Dari Lebam
Setiap kali memotong buah-buahan, ia akan menjadi lebam, contohnya buah epal. Untuk mengatasinya ialah dengan mencucuk bahagian hujung pisau yang hendak digunakan dengan limau nipis. Kemudian potong buah-buahan tadi seperti biasa, dah habis potong bilas dengan air.
SELAMAT MENCUBA...
Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka
Originally By Diana Hana
0 comments:
Post a Comment