Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih

Thursday, December 8, 2011

Petua: Kurangkan Sakit Gigi & Memutihkan Gigi


Memang betul-betul menyiksakan bila sakit gigi menyerang secara tiba-tibakan. Di sini ada sedikit petua merawat sakit gigi yang ingin dikongsi bersama anda semua:

1. Campur sedkit cuka ke dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit gigi tu berkurangan dan hilang.

2. Rebus garam, air dan limau nipis yang dibelah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan nya sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukanya setiap hari sehingga rasa sakit hilang.

3. Kunyah sedikir kapu sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit hilang.

4. Makan buah belimbing buluh dengan sedikit garam.

5. Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar ke dalam daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampal pada gigi yang sakit. 

6. Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.

7. Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.

8. Rendam sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Masukkan gambir ni ke dalam gigi yang berlubang.

9. Hiriskan bawang putih, dan tempetkan pada gigi yang sakit tadi. Biar selam sejam.

10. Untuk gigi yang berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan kapas.

Memutihkan Gigi 

1. Hancurkan dua tiga helai daun lalang. Kemudian gosok pada gigi.

2. Tumbuk arang hingga hancur. Kemudian gosok pada gigi. Lakukan setiap hari.

3. Bakar dua biji pinang tua yang kering hingga menjadi arang.Gosokkan pada gigi dan biar seketika. Kemudian cuci dengan air.

4. Goreng biji asam jawa tanpa minyak. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk dan gosokkan pada gigi. Amalkan selalu.

SELAMAT MENCUBA...

Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

1 comments:

Originally By Diana Hana