Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih

Sunday, October 2, 2011

Kek Velvet Kukus

                  Assalamualaikum & Salam Sejahtera

kek yg belum dipotong

Hari ni saya nak share resepi keke velvet ni. Senang dan mudah untuk membuatnya. Rasanya pun sedap dan gebu je, anak-anak dara yang baru nak belajar buat kek pun boleh try buat kek ni. Sangat simple. Selamat mencuba yaa..... 

Bahan-bahan:

5 biji telur ayam- yg disejuk dalam peti ais
1 cawan gula- kalau xnk manis boleh kurangkan
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sb ovallete
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla 
150g susu sejat/cair
100g mentega cair
pewarna- ikut pilihan anda

ini yg sudah dipotong
Cara-cara: 

  1. Panaskan kukusan. Loyang dialas kertas dan digris sekeliling
  2. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega cair dan pewarna. Pukul sehingga kembang dengan mixer 
  3. Sesudah kembang, masukkan mentega cair.Kaup balik adunan sehingga rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan warnakan mngikut pilihan anda
  5. Ratakan aduanan warna pertama dalam loyang
  6. Seterusnya tindihkan adunan berwarna ke dua di atas lapisan pertama tadi
  7. Ulang melapis dengan adunan warna ke tiga seterusnya ke empat sehingga habis semua adunan
  8. Tutup loyang kemas-kemas dengan aluminium foil yang telah disapu dengan mentega.
  9. Kukus selama 45minit
  10. Apabila masak, buka segera aluminium foil.
  11. Biarkan kek sejuk lepas tu barulah boleh dipotong. 
SELAMAT MENCUBA.......


Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

0 comments:

Post a Comment

Originally By Diana Hana