Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih

Thursday, October 20, 2011

Petua Hari Ini

Timun atasi kulit bersisik


Untuk yang mempunyai masalah kulit bersisik dan inginkan petua untuk menghilangkannya, cubalah petua ini, ambil sebiji timun. Kemudian belah kepada dua bahagian. Gosokkan untuk mendapatkan getahnya dan sapulah pada kulit bersisik. Biarkan kering dan bersihkan menggunakan tuala yang telah direndam dengan air bercampur sedikit garam. Lakukan beberapa kali hingga anda merasai kulit kembali bersih dan licin. 

Menghilangkan selulit

Untuk anda yang mempunyai masalah selulit di bahagian-bahagian tertentu dan anda ingin mengatasi masalah ini, cubalah petua ini, yang pastinya menjimatkan masa dan tak perlu berhabis duit untuk ke pusat-pusat kecantikkan. Caranya, ambil sebiji hingga dua biji buah belimbing besi dan parutkannya. Campurkan dengan madu asli. Sapukan ramuan tadi di bahagian yang berselulit. Jika sering dilakukan, hasilnya pasti memuaskan.





Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

2 comments:

Originally By Diana Hana