Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih

Thursday, September 8, 2011

Puding Diraja Pahang

gambar ambik dari google



Bahan-bahan: 

4 sikat pisang lemak manis- dibuang kulit
1 cawan biji gajus-digoreng
3 genggam urat emas/ jala emas
200 gram buah prun-dipotong empat
beberapa buah ceri merah/hijau
2 sudu besar minyak sapi-untuk elakkan pisang dari melekat
sedikit minyak untuk menggoreng

bahan kuah puding: 

1 tin susu cair/sejat
3 biji telur-ambil kuning sahaja
2 helau daun pandan-disimpul
1/2 tin air
1 cawan gula-ikut cita rasa
1/2 sudu esen vanila

Cara membuat:
  1. panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh.
  2. Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan. 
  3. Goreng biji gajus.    
Cara membuat kuah puding:

  1. Pukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur. 
  2. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap. 
Cara Hidang:
  1. Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan urat emas. 
  2. Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.

Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

0 comments:

Post a Comment

Originally By Diana Hana