Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih

Thursday, September 8, 2011

Dah Namanya Pun Raya

Assalamualaikum..

Selamat hari raya semua dan selamat hari kemerdekaan yang ke 54. Dalam diam tak diam hari ni dah syawal yang ke 10. Alhamdulillah kita masih lagi di beri kesempatan untuk bernafas di muka bumi-Nya ini. Macam mana raya korang semua tahun ni?? Mesti meriahhkan, banyak dapat duit raya tak??? 

Dah namanya pun hari raya kan, mesti bermacam-macam juadah yang di masak yang di makan. Pendek kata, dari pagi sampai ke malam bermacam-macam makanan yang korang da makan kan. Rendang, ketupat, lemang, dodol yang tu memang dah wajib ada tiap-tiap kali raya kan. Mungkin ada yang dah buat perancangan, raya pertama nak masak apa, raya ke dua nak masak apa kan. Pendek kata memang tak boleh nak dietlah jawabnya kan....hehe

Dah namanya pun hari raya kan, nilah masanya adik-beradik, sanak-saudara yang jauh merantau pulang berkumpul ramai-ramai untuk menyambut hari raya bersama-sama, melepaskan rindu yang sekian lama tak berjumpa. Meriahkan, along, angah, teh, paklang, ayah jang, makcik peah, makcik tipah semua kaum kerabat ada. Pendek kata, penuh 1 rumah kat kampung tu dengan saudara-mara, cucu-cucu. Bila malam anak beranak tidur bergelimpangan kat ruang tamu, mana taknya dah rumah penuh . Masa ni mak bapaklah yang paling gembira, tengok anak-anak depan mata.

Dah namanya pun hari raya kan, masa ni lah macam-macam kenduri nak buat, mana tak nya, dah semua cuti kan, mesti semua ada. Ada yang buat kenduri kahwin, kenduri bertunang, kenduri doa selamat, open house, majlis hari lahir. Pendek kata macam-macamlah kendurilah. Masa ni tak terkira jemputan, pendek kata dalam satu hari adalah dalam 2 atau 3 kenduri yang yang dijemput. 


Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

0 comments:

Post a Comment

Originally By Diana Hana