Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih

Wednesday, June 22, 2011

ReNdaNg aYaM MeRAh.....

Bahan-Bahan : 

1 ekor ayam
2cm halia (kisar)
4 batang serai
3cm lengkuas
3 labu bawang besar (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
3 sudu besar cili kering (yg telah dikisar)
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk kari ayam
sedikit belacan 
2 helai daun kunyit
4 helai daun limau purut
150 gm kerisik
500 ml air
santan (daripada 1 biji kelapa)

Cara Menyediakan :
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
  • Kemudain masukkan cili kering yang telah dikisar dan serbuk kunyit. Tumis hingga pecah minyak.
  • Serbuk kari dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes dan tuangkan ke dalam tumisan tadi. Tumis lg hingga naik bau.
  • Selepas itu masukkan ayam yang telah dicuci ke dalam tumisan tadi berserta serai dan lengkuas.
  • Tuangkan air. Bila ayam sudah separuh masak, masukkan daun kunyit yang telah diracik halus beserta daun limau purut.
  • Akhir sekali masukkan santan pekat dan garam serta gula. Sesuai kan rasa mengikut kehendak anda.
  • Bila sudah mendidih,masukkan kerisik.Kacau sehingga kuahnya pekat dan terbit minyak.     
selamat mencuba semua.......(^_^)

    Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

    0 comments:

    Post a Comment

    Originally By Diana Hana