Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih

Saturday, April 7, 2012

Telenovela Endless Love (Autumn In My Heart) at tv3




Mulai 9 april 2012, tv3 akan menayangkan satu lagi siri telenovela dari Filipina
yang bertajuk Endless Love. Siri telenovela Endless Love akan mengantikkan 
Siri telenovela Liltle Star yang sudah tamat kisahnya.

Siri telenovela yang mempunyai 38 episod ini bermula dari hari isnin hingga
khamis jam 3 petang.

Drama siri korean yang popular suatu masa dahulu, Autumn In My Heart kini dalam versi
filipina lakonan Marian Riveira & Ding Dong Dantes ( pernah popular dalam siri Marimar).

Ia mengisahkan Johnny dan Jenny membesar sebagai adik dan abang. 
Selepas Jenny mengetahui bahawa dirinya bertukar dengan adik kandung Johnny sewaktu dilahirkan,
mereka dipisahkan.

Keluarga Johnny telah berhijrah ke luar negara dan pulang semula ke negara asal selepas sedekad berlalu.
Johnny dan Janny bertemu kembali tetapi Johnny telah bertunang manakala Jenny pula dicintai oleh Andrew.

Namun, masalah mula timbul apabila Johnny dan Jenny tidak dapat membendung perasaan 
rindu dan kasih sayang antara mereka. Hubungan akrab antara mereka kini menjadi cinta.

Apakah yang bakal berlaku seterusnya??
Bagi yang dah pernah menonton drama siri korean Autumn In My Heart pasti dah tahu jalan ceritanya macam manakan...

0k.. selamat menonton semua.. :)



Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

0 comments:

Post a Comment

Originally By Diana Hana