Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih

Sunday, November 27, 2011

Petua: Daging cepat empuk

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ni ada lagi sedikit petua yang nak di kongsikan bersama-sama anda. Mungkin ramai surirumah atau sesiapa saja yang di luar sana banyak mengeluh tentang masalah ini, jadi disini ada sedikit petua untuk melembutkan dalam apa saja jenis masakkan untuk di share bersama anda. Semoga dengan sedikit petua yang dikongsi ini dapat membantu anda-anda yang mengalami masalah ini.



-> Semasa merebus daging, masukkan keratan batang ubi kayu yang telah dibersihkan ke dalam dgaing yang sedang mendidih. Biarkan selama 10minit sebelum diangkat.

-> Anda juga boleh memilih untuk memasukkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan atau rebusan daging,jika tidak mahu menggunakan camca seperti petua di atas. 


-> Semasa merebus atau memasak daging,masukkan sebatang camca kecil ke dalam periuk. Dipercayai camca ini menyerap lebih haba / kepanasan yang membantu proses melembutkan daging. 


-> Masukkan panadol ke dalam rebusan daging. Petua ini biasa saya dengar diamalkan di majlis kenduri yang biasanya memasak daging dalam jumlah yang banyak. Namun sejauhmana keberkesanannya tidaklah dapat saya pastikan.


-> Selain itu,anda juga boleh masukkan beberapa tangkai daun betik ke dalam masakan untuk melembutkan daging. 


-> Jika tiada tangkainyanya,anda juga boleh menggantikannya dengan betik muda.Pastikan anda kupas kulitnya,buang biji serta bersihkannya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mana-mana masakan berasaskan daging. 


-> Masukkan panadol ke dalam rebusan daging. Petua ini biasa saya dengar diamalkan di majlis kenduri yang biasanya memasak daging dalam jumlah yang banyak. Namun sejauhmana keberkesanannya tidaklah dapat saya pastikan. 


-> Tumbuk lumat buah keras,lalu masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk.


-> Kepingan tempe juga selalu digunakan untuk melembutkan gulai daging. Hanya masukkannya ke dalam masakan dan biarkan. 


-> Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang 15 minit.Selepas itu toskannya hingga kering,lalu masak seperti biasa. Anda hanya perlu memastikan api dapur berada pada tahap sederhana ketika masakan daging itu hampir menggelegak. Hasilnya daging lebih cepat empuk dan rasanya juga amat sedap. 


-> Gaul daging bersama tepung dan perapkan dengan kicap selama 30 minit sebelum dimasak. 




Selamat Mencuba ekkkkkkkk.......

Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

0 comments:

Post a Comment

Originally By Diana Hana