Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih
Showing posts with label Corak Corek Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Corak Corek Kehidupan. Show all posts

Wednesday, September 18, 2013

Udang & Petai Masak Tempoyak


apa kabo semua...
sihat wa'afiat hendak nyee ye...amin
lame dah tak in blog ni...
hehee..
macam biasalah busy dengan tugasan harian...
alhamdulillah sekarang ada sikit kelapangan nak updated blog...


kite masak ni untuk dinner malam ni...
alhamdulillah kenyang... syukran Ya Allah..
suami yamg mengidam, kite tukang masaknyee...hehee
walaupun resepi ni simple dan mungkin ade yang dah tau, tapi kite suka nak share dengan member member semua... 
bak kate orang sharing is caring... betul tak..?? hehee

Udang & petai masak tempoyak

udang 
petai
bawang putih
bawang merah
cili merah
tempoyak
kunyit
garam
serbuk perasa
minyak...

cara-caranya:

tumbuk cili merah, bawang merah,bawang putih dan kunyit bersama sehingga lumat
( tak nak lumat sangat pun tak ape)
lepas tumbuk panaskan minyak,
bila minyak dah panas tumiskan bahan-bahan yang dah ditumbuk tadi.
bila dah agak garing masuk kan udang dan petai tadi,tumis lagi...
lepas tu masukkan tempoyak, kauk balik kan dan isi air sedikit..
tumis sampai udang dan petai masak, letak garam dan serbuk perasa...
bila dah masak boleh la di hidangkan...

simple je kan...hehee







Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Saturday, April 27, 2013

15 Tahun Tanpa Along

 
Along....
masih terbayang kenangan lalu bersamamu...
jelas di ingatan...
di waktu itu waktu zaman kecilku dan adik-adik...
abah dan mak menitipkan amanah untuk menjaga kami adik-adik.. 
sewaktu mereka keluar ke suatu tempat yang memerlukan mereka
keluar di awal subuh hari...

Along..
masih terbayang di kau menyiapkan kami adik-adik untuk ke
sekolah..
seingat aku waktu itu aku di awal sekolah
rendah..
kau bangunkan kami adik-adik..
kau mandikan kami..
kau pakaikan kami baju sekolah..
kau menyisir rambutku...
masih jelas, kau mengikat rambutku bertocang dua...
masih jelas, kau pakaikan tudung di kepalaku...

Along...
 masih jelas, pagi itu kau menyuapkan kami makan..
walaupun tangan ini sudah mampu untuk menyuap makanan sendiri..
sungguh perihatin kau menjaga kami adik-adik kecil ini...

Along..
sudah 15 tahun kami tanpamu...
jika dirimu masih hidup, mungkin kau sudah 34 tahun...
mungkin kau sudah berkeluarga, beranak pinak..
mungkin abah dan mak sedang berseronok bermain dengan 
anakmu...

Along...
aku bergitu merinduimu....
sungguh-sungguh rindu....
sungguh dalam..

Along..
namamu Hairu Azra Bin Aziz..
sentiasa ku ingat selalu...
sentiasaku kenang...
sentiasaku rindu..
doaku selepas solat adalah sebahagian untukmu..

Along..
tenanglah kau di sana...
amin.....








Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Monday, April 22, 2013

Terima Kasih Ya Allah...


11 April 2013
 
Syukur Alhamdulillah di atas rezekiMU ini ya Allah...
itulah perasaan yang tak dapat aku gambarkan...
diberitakan dengan kehadiran janin di dalam rahimku selama 
7 minggu, sungguh tak terjangka oleh ku dan suami...
terasa bagai hidup ini cukup lengkap sudah...
dengan kehadirannya.....
bagai terngiang-ngiang lagi dicuping telinga ini ucapan tahniah
daripada doktor dan jururawat di klinik itu...
senyuman suami dan gelagatnya memberitakan perkhabaran itu kepada teman-temannya..
sungguh mencuit hati... 
dalam hati tidak henti-henti memanjatkan kesyukuran kepada-NYA

18 April 2013

sungguh tak terduga..
cecairan darah yang keluar menambahkan kerisauanku..
ditambah pula dengan rasa sakit yang tak terkata...
kedatanganku ke klinik sekali lagi menceritakan segala-galanya...
"Ya Allah... mungkinkah hambaMU ini akan kehilangan zuriatnya..."
jiwaku merintih....

19 April 201 1.35am

Kesakitan berterusan hingga ke larut malam...
tak tertanggung sakitnya...
pintaku pada suami segeralah ke hospital...
keguguranku terlalu complete kata doktor...
aku sedar, aku terpaksa redho di atas segala-galanya...
kata si suami " redhokanlah, lepaskanlah... insyaALLAH akan ada rezeki yang lain untuk kita nanti.."
ya, aku ambil kata-kata suami itu sebagai semangat untuk bangkit daripada kesedihan..

Terimah kasih Ya Allah, di atas kurniaan sementara itu..
terima kasih kerana memberiku sedikit perasaan menjadi seorang ibu..
aku redho di atas ujian yang Engkau berikan..
Wahai sang anak tenanglah kau di sana... amin






Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Sunday, February 10, 2013

Asam Pedas ikan pari & Siakap 3 rasa

 
Ini la menu hari nie...
request dari abah dan adik tihah...
amacam... ada gaya macam kat kedai tak..???
hehehe...








Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Friday, February 1, 2013

AZam AzAm & aZAm


Hai u oll..
da lame x berceloteh dalam nie...
tu la kan... sebenarnye kite ni x berapa rajin sangat nak updated blog ni..
al-maklum la... balik2 keje je terus melending atas katil...penat la kate kan..hehe
macam kite sorang jekk yang keje orang lain x plak kan...hehe.. ape daaa

Korang2 pun macam kite jugak kan... balik2 keje mesti penat 1 badan..
0kokok.... malas nak mebebel pepanjang.. nanti takut plak ada yang boring...hihi

rasa nye masih belum terlambat nak citer pasal azam baru untuk tahun 2013 ni...
rasa macam ketinggalan la plak kan... mana x nye,ni da masuk bulan februari, baru nak citer pasal azam.. ape daaa..

sebenar nye da lame da kite simpan azam ni... cuma x tercapai jekk lagi kan...
orang lain mungkin da ade yang berjaya capai azam masing2 dan mungkin belum tercapai lagikan..

Untuk tahun 2013 ni, kite berazam nak dapatkan cahaya mata... pendek kata ANAK la... Insyaallah..
klu ade rezeki dan di izin kan oleh-Nya... korang2 semua doa2 kan la yekkk..

Tu je azam untuk tahun 2013 ni... kite x mintak banyak da...
 
Sekian... Wasalam.. (^_^)







Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Wednesday, December 12, 2012

Entri Bergambar : My Wedding

 
















Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Monday, May 14, 2012

Belajar Buat Ais Krim Goreng



Hai semua readers..
lama x bersiaran yaaa..hehe
ade yang rindu ke????
cewah.. cewahh..cewahhh...
bajet macam orang popular je kan...

Gambar dari google

Waahhh...! tengok gambar pun da terasa sedap nye kan..
hehee..

Skang nie, saya dalam proses belajar buat ais krim goreng.
Mesti pelik kan?? macam mana nak goreng ais krim tu? x cair ke klu goreng nanti?

Haaaaaa...!! tang tu klu nak tau,mesti la nak kena blajarkan.
Tengok bahan pun xde la banyak sangatkan, cuma gunakan aiskrim dan roti saje.

Cara buat pun senang nak faham dan x rumit. 
Jadi boleh la blaja buat kt rumah...

Klik la klu terasa nak blaja buat GORENG 
mana la tau kot2 boleh buat bisness lepas ni kan...
heheee..
Ok selamat mencuba yaaaa... :)





Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Friday, March 23, 2012

Bunga Tisu

Hai semua,
selamat petang.
Apa macam hari ni, di harapkan semuanya baik-baik saja.

Hari ni ada sikit masa untuk dihabiskan dengan mengupdated blog.
Uh..! terasa macam dah lama tak updated blog..
(yela sangat..padahal penuh tiap-tiap hari dengan segmen, ga dan contest...huhu)
dan terasa macam kosong je blog tanpa ada cerita-cerita yang menarik.. ( menarik ke??? hehehe..silakomensilakomen)

Sebut pasal menarik, ada sesuatu yang menarik saya untuk menyempurnakan impian saya akan datang..
(macam skema je ayatnya...hehe)
Tengah sibuk intai-intai blog butik pengantin, saya dah terberkenan dekat satu jenis bunga hantaran dan bunga cenderamata untuk majlis kahwin, orang kata bungan tu namanya bunga tisu. Ada yang kata bunga tisu carnation. 




Cantikkan??
memang cantik, harga pun cantik juga.
Cara buat bunga tisu ni pun agak rumit, kerana menggunakan kertas untuk mengubahnya.
Memang sesuai untuk di jadikan bunga telur hantaran.




Tapi bagi yang ada bajet besar, petik jari je boleh tempah dan beli dekat mana-mana butik atau kedai jual barangan pengantin.

Kalau tengok kat blog Qanasuri Wordpress. ni pun banyak yang cantik-cantik dan berwarna-warni.
Mungkin ada yang menepati cita rasa anda.













Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Wednesday, February 15, 2012

First Time Menang!!


Hai semua, bersiaran lagi kita hari ni yaa..
Dah lama rasanya tak updated blog,
almaklumlah busy dengan tugasan hariankan...
Korang pun mesti macam tu juga kan..^_^

Dah makan tengah hari ke semua??
Alhamdulillah lah kalau dah makan semuanya yaa... Jangan lupa solat zohor pula lepas tu... ^_^

Hari ni ada sedikit masa nak mengupdated blog, jadi nak lah share sikit rasa keterujaan dan happy yang saya rasa ni dengan korang.
Tengah berblog walking blog rakan-rakan, terbacalah tajuk entri ni pemenang 'FIRST GIVEAWAY BY ONITSUKAHANA'

Ada rasa teruja sikit di situ...hehe
Sebabnya saya pun join GA daripada ONITSUKAHANA tu..


Tadaaaaa....!! tak sangka saya tersenarai dari 12 pemenang GA tu, 
tqtqtq...!!
Mana tak teruja, ni first time menang GA lah..
hehehe.. ^_^

Tu dia hadiahnya, sehelai tudung bawal sulam, mengikut warna yang kita pilih sendiri.
Dalam GA tu saya pilih warna purple atau dalam bahasa melayunya warna unggu.
Sangat cantik..!! Sayasukasayasuka....hehehe

Hah! kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah terjah blog ni


Sangat hijau blognya, apa lagi cepat-cepatlah terjah sana... ^_^
To Onitsukahan thank you very much..!!!









Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Sunday, February 12, 2012

Selamat Hari Lahir Yang Ke 24 Tahun


"..Selamat Hari Lahir,
Selamat Hari Lahir,
Selamat Hari Lahir Nur Diana Aziz
Selamat Hari Lahir..."



"..Allah Selamatkan Kamu,
Allah Selamatkan kamu,
Allah Selamatkan Nur Diana Aziz
Allah Selamatkan Kamu..."

11/02/1988-11/02/2012




Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Thursday, February 9, 2012

Mak Teh Rindu Rayyan..



Alahai rindunya dekat anak saudara yang sorang ni....

Muhammad Hanif Rayyan Bin Hairu Nizam

Dah lama tak jumpa dia...
Mak Teh banyak busy lah Yayan..
Yayan jangan nakal-nakal tau, kesian mama dengab papa nanti..
Yayan gedik...hehe

sayang dia...






Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Saturday, February 4, 2012

Tak Payah Berebut Nak Balik Kampung


Hai semua, bersiaran lagi hari ni.
Sihat ke semua??
Kalau sihat, alhamdulillah baguslah.
Kalau tak sihat, cepat-cepatlah jumpa doktor dan makan ubat ya.

Macam mana hari minggu ni, ada plan nak keluar jalan ke mana-mana ke?
Mesti gempakkan plan korang...hehe 
Hari ni saya tak ke mana-mana pun, just duduk di rumah tolong mak mertua je..hehe
(baiknya bakal menantu ni...haha)

Ada yang plan nak balik kampung tu hati-hatilah semasa memandu di jalan raya ya.
Dan jangan gaduh-gaduh berebut nak balik kampung belah mana ya.
Bincang baik-baik, nanti kampung entah ke mana korang pulak entah ke mana.. ish ish..


Cerita pasal berebut balik kampung ni, mengingatkan saya tentang kata-kata kakak sepupu saya. Dia kata nanti saya tak payah berebut-rebut nak balik kampung dengan suami.
Yup!!.. memang betul pun kak...hehehe

Tak payah pening-pening dah kan nak gilir-gilir balik kampung mana. Selamat saya..hehehe
Banyak kita pernah dengar kes laki bini gaduh berebut nak balik kampung, ada  juga yang sampai bercerai di sebabkan kes yang sekecil ni saja.
Mungkin kita lihat ini perkara kecil saja dan pergduhan yang tak matang (orang kata macam gaduh budak-budak yang tak matang...)

Dalam situasi ini, sebagai orang yang telah dewasa kita haruslah berfikiran matang dan berolak ansurlah di antara satu sama lain.
Si suami perlulah memainkan peranannya sebagai ketua keluarga, perlu berlaku adil di dalam hal ini dan jangan hanya fikirkan diri sendiri saja.

Kalau perlu buatlah sistem bergilir-gilir. Tahun ni balik kampung sini, tahun depan balik kampung sana pula.
Kalau cuti umum atau cuti hari minggu  rasanya tak perlulah nak balik kampung juga. 
Planlah cuti yang ada tu dengan rancang ke mana-mana dengan keluarga.
Bawa pergi berkelah, atau rancang sesuatu yang menarik untuk dipenuhi semasa cuti tu.




Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Friday, February 3, 2012

Pengembaraan Dari Lipis ke Kuantan


Hai semua, bersiaran lagi di petang hari ni.
Nampaknya panas terik kuantan petang-petang ni..
Sementara menunggu bakal mak mertua pulang dari kerja, kite updated blog la dulu yee... hehee

Setelah berpuluh batu di tempuh, akhirnya sampai juga di bandar kuantan ni...
(berpuluh batu la sangat... haha)
Ni semua semata-mata nak menghadiri temuduga kerja esok hari.
Penatlah juga, sebab dah lama tak mengembara jauh.. ( 4jam je lipis-kuantan)
Sebenarnya dah lama tak naik bas  jalan jauh-jauh.
Masa jadi student dan merantau ke negeri orang dulu je macam tu..hehehe

Ikut plan nak naik bas pukul 8 pagi dari lipis ke kuantan..
tapi lewat bangun tidur punya pasal, sampai terlepas bas pagi tu... aduyaiiiiii...
Terpaksalah tukar plan lain, beli tiket pukul 9 pagi ke Bentong.
Jadi bermulalah perjalanan ke Bentong. Sampai saja di Bentong, jadi blurrr kejap, pasal daerah orangkan, manalah tahu sangat..hehehe

Melilau juga cari bas di stesen bas Bentong tu, akhirnya dapat juga, bukan naik bas ekspress yang biasa naik tu, ni naik  bas biasa je, bas henti-henti tu.. (orang kata bas lompat-lompat)
Kali ni terpaksa naik bas ke Temerloh pula.. aish penat nye kena tukar-tukar bas ni..( tulah bangun lewat lagi..haha.. kalau sempat bas 8 pagi tadi, straigh je tak payah tukar-tukar bas dah)
Lari duit tambang bas macam ni...haha
Dari Bentong ke Temerloh naik bas pukul 11 pagi, sampai Temerloh dalam 12.56 tengah hari.

Sepanjang perjalanan ke Temerloh tu, macam-macam ragam orang saya jumpa.
Di pekan Karak, ada seorang makcik tiba-tiba tegur saya " aok anak ustazahkan?"
"hah" saya terpinga-terpinga bila makcik tu tanya macam tu. Mana taknya, naik je bas makcik tu terjah soalan macam tu pula, saya pulak tak sangka makcik tu terjah saya macam tu pulak.
Saya pun tanpa berfikir panjang terus cakap "bukanlah".
Dalam hati tertanya-tanya "ustazah mana pula ni?? kalau bakal mak mertua aku ustazah tu betullah juga".
Sayapun terus bermonolog lagi "mungkin ada anak ustazah di kampung dia serupa muka macam aku tak"....hehe
Nak tergelak juga saya dalam bas tu, tapi tahan je sampai makcik tu turun.

Sampai di Temerloh, tersilap turun stesenlah pulak, sepatutnya saya kena turun di stesen bas baru di Temerloh tu, yela kat sana stesen untuk bas ekspress. Terpaksa cari teksi untuk ke stesen bas baru tu.
Dalam hati "habis melayang 5 ringgit aku.." hahaha
Dah bayar duit teksi, terus cari kaunter bas tranasional, sebab dah biasa naik bas tu, akhirnya dapat tiket ke kuantan perjalanan pukul 130 tengah hari.
Masa ada lagi 25minit sebelum bas bergerak, sempat lagi shopping ni, memang kebetulan sebelah kaunter tiket tu pasar raya The Store.. so masuk shopping kat situ aje lah..hehe

Cari apa yang patut dalam The Store tu, lepas dah bayar barang-barang yang dibeli, terus naik bas.
Huh! penatnya... lega sikit dapat tempat duduk yang selesa.
Seat di bahagian paling depan pulak tu. Penumpang yang nak ke Kuantan pun tak ramai, ok lah tu.

Sepanjang perjalanan cuaca mendung je, mata pun kuyu semacam je, minta di rehatkan, tapi dah memang prinsip saya kalau jalan jauh jangan tidur. Takut terjadi apa-apa yang tak diingini berlaku.
Jadi sepanjang perjalanan tu saya habiskan masa dengan memerhatikan pemandangan di sepanjang perjalanan tu.

Dalam pukul 3.17 petang akhirnya sampai juga di bandar Kuantan ni. Encik tunang dah janji nak jemput saya. Yes! dapat jumpa encik tunang..hehe
Dah lama tak jumpa dia.. (eceehh..! padahal 2 minggu lepas dah jumpa..hehe)
Ronda-ronda kejap di bandar Kuantan sebelum pulang ke rumah..












Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Originally By Diana Hana