Pengembaraan Dari Lipis ke Kuantan
Hai semua, bersiaran lagi di petang hari ni.Nampaknya panas terik kuantan petang-petang ni..Sementara menunggu bakal mak mertua pulang dari kerja, kite updated blog la dulu yee... hehee
Setelah berpuluh batu di tempuh, akhirnya sampai juga di bandar kuantan ni...(berpuluh batu la sangat... haha)Ni semua semata-mata nak menghadiri temuduga kerja esok hari.Penatlah juga, sebab dah lama tak mengembara jauh.. ( 4jam je lipis-kuantan)Sebenarnya dah lama tak naik bas jalan jauh-jauh.Masa jadi student dan merantau ke negeri orang dulu je macam tu..hehehe
Ikut plan nak naik bas pukul 8 pagi dari lipis ke kuantan..tapi lewat bangun tidur punya pasal, sampai terlepas bas pagi tu... aduyaiiiiii...Terpaksalah tukar plan lain, beli tiket pukul 9 pagi ke Bentong.Jadi bermulalah perjalanan ke Bentong. Sampai saja di Bentong, jadi blurrr kejap, pasal daerah orangkan, manalah tahu sangat..hehehe
Melilau juga cari bas di stesen bas Bentong tu, akhirnya dapat juga, bukan naik bas ekspress yang biasa naik tu, ni naik bas biasa je, bas henti-henti tu.. (orang kata bas lompat-lompat)Kali ni terpaksa naik bas ke Temerloh pula.. aish penat nye kena tukar-tukar bas ni..( tulah bangun lewat lagi..haha.. kalau sempat bas 8 pagi tadi, straigh je tak payah tukar-tukar bas dah)Lari duit tambang bas macam ni...hahaDari Bentong ke Temerloh naik bas pukul 11 pagi, sampai Temerloh dalam 12.56 tengah hari.
Sepanjang perjalanan ke Temerloh tu, macam-macam ragam orang saya jumpa.Di pekan Karak, ada seorang makcik tiba-tiba tegur saya " aok anak ustazahkan?""hah" saya terpinga-terpinga bila makcik tu tanya macam tu. Mana taknya, naik je bas makcik tu terjah soalan macam tu pula, saya pulak tak sangka makcik tu terjah saya macam tu pulak.Saya pun tanpa berfikir panjang terus cakap "bukanlah".Dalam hati tertanya-tanya "ustazah mana pula ni?? kalau bakal mak mertua aku ustazah tu betullah juga".Sayapun terus bermonolog lagi "mungkin ada anak ustazah di kampung dia serupa muka macam aku tak"....heheNak tergelak juga saya dalam bas tu, tapi tahan je sampai makcik tu turun.
Sampai di Temerloh, tersilap turun stesenlah pulak, sepatutnya saya kena turun di stesen bas baru di Temerloh tu, yela kat sana stesen untuk bas ekspress. Terpaksa cari teksi untuk ke stesen bas baru tu.Dalam hati "habis melayang 5 ringgit aku.." hahahaDah bayar duit teksi, terus cari kaunter bas tranasional, sebab dah biasa naik bas tu, akhirnya dapat tiket ke kuantan perjalanan pukul 130 tengah hari.Masa ada lagi 25minit sebelum bas bergerak, sempat lagi shopping ni, memang kebetulan sebelah kaunter tiket tu pasar raya The Store.. so masuk shopping kat situ aje lah..hehe
Cari apa yang patut dalam The Store tu, lepas dah bayar barang-barang yang dibeli, terus naik bas.Huh! penatnya... lega sikit dapat tempat duduk yang selesa.Seat di bahagian paling depan pulak tu. Penumpang yang nak ke Kuantan pun tak ramai, ok lah tu.
Sepanjang perjalanan cuaca mendung je, mata pun kuyu semacam je, minta di rehatkan, tapi dah memang prinsip saya kalau jalan jauh jangan tidur. Takut terjadi apa-apa yang tak diingini berlaku.Jadi sepanjang perjalanan tu saya habiskan masa dengan memerhatikan pemandangan di sepanjang perjalanan tu.
Dalam pukul 3.17 petang akhirnya sampai juga di bandar Kuantan ni. Encik tunang dah janji nak jemput saya. Yes! dapat jumpa encik tunang..heheDah lama tak jumpa dia.. (eceehh..! padahal 2 minggu lepas dah jumpa..hehe)Ronda-ronda kejap di bandar Kuantan sebelum pulang ke rumah..
Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka
Originally By Diana Hana
jauh merantau ekkkk..
ReplyDeletehahaha... biasa la tu..
Delete