Cerita pasal berebut balik kampung ni, mengingatkan saya tentang kata-kata kakak sepupu saya. Dia kata nanti saya tak payah berebut-rebut nak balik kampung dengan suami.
Yup!!.. memang betul pun kak...hehehe
Tak payah pening-pening dah kan nak gilir-gilir balik kampung mana. Selamat saya..hehehe
Banyak kita pernah dengar kes laki bini gaduh berebut nak balik kampung, ada juga yang sampai bercerai di sebabkan kes yang sekecil ni saja.
Mungkin kita lihat ini perkara kecil saja dan pergduhan yang tak matang (orang kata macam gaduh budak-budak yang tak matang...)
Dalam situasi ini, sebagai orang yang telah dewasa kita haruslah berfikiran matang dan berolak ansurlah di antara satu sama lain.
Si suami perlulah memainkan peranannya sebagai ketua keluarga, perlu berlaku adil di dalam hal ini dan jangan hanya fikirkan diri sendiri saja.
Kalau perlu buatlah sistem bergilir-gilir. Tahun ni balik kampung sini, tahun depan balik kampung sana pula.
Kalau cuti umum atau cuti hari minggu rasanya tak perlulah nak balik kampung juga.
Planlah cuti yang ada tu dengan rancang ke mana-mana dengan keluarga.
Bawa pergi berkelah, atau rancang sesuatu yang menarik untuk dipenuhi semasa cuti tu.
best la aok ye... xpayah berebut2 nk blik kg...haha
ReplyDelete