Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih

Wednesday, February 1, 2012

3 Langkah Rambut Panjang Lebih Cepat


Hai readers, bersiaran lagi hari ni.
Wah! cepat sungguh masa berlalu, dah masuk bulan februari pun kan.
Januari 2012 dah pun meninggalkan kita.
Syukur kepada-Nya, kerana memberi kita peluang untuk terus bernafas di bumi-Nya ini.

Ok, hari ni ada tips yang ingin di kongsi. Tips ini senang dan mudah untuk di cuba. Kepada yang teringin rambutnya panjang dengan cepat boleh try tips ni.

1) Buang Rambut Rosak 

Hujun-hujung rambut yang rosak (kering/pecah-pecah) akan melarat hingga ke setiap helaian rambut dan menyebabkan helaian rambut kita rosak. Akibatnya, secara keseluruhan rambut akan jadi lebih cepat rosak dan turut mempengaruhi rambut-rambut baru yang tumbuh. Anda perlu 'trim' hujung-hujung rambut setiap 8-10 minggu sekali di salun. Katakan kepada pendadan rambut, yang anda ingin memanjangkan rambut.
Biasanya pendadan rambut akan memotong rambut anda dalam keadaan kering kerana sukar untuk mengesan hujung rambut yang pecah dalam keadaan basah.


2) Manjakan Rambut 

Rambut panjang adalah rambut yang tua dan cenderung rapuh.
Jadi kita perlu menjaga rambut panjang dengan lebih berhati-hati. Pilih syampu yang lembut dan mengandungi formula yang melembapkan. Jika kita menggunakan hairdrye, kita perlu menggunakan perapi dan serum setelah selesai bersyampu.
Keadaan ini berguna untuk melindungi rambut dari suhu tinggi. 
Seminggu sekali gunakan masker khusus untuk rambut.
Selain itu, berhati-hati sewaktu mendadan rambut dan jangan terlalu kerap.

3) Biarkan Kulit Kepala Bernafas 

Rambut yang tertutup terus menerus akan membuatkan minyak dan kotoran berkumpul pada akar rambut sehingga kulit tidak boleh bernafas dan ia boleh menjejaskan pertumbuhan rambut kita. 
Bagi membolehkan pertumbuhan rambut berjalan dengan baik, kita perlu memastikan kulit kepala sentiasa bersih. Jika anda kerap berpeluh atau rambut berminyak, anda perlu bersyampu setiap hari dengan menggunakan syampu yang berfomula lembut.








Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

0 comments:

Post a Comment

Originally By Diana Hana