Ini Kisah Aku
" Hari ni kita nak beraya kat mana?" soal Qayyum kepada sepupu-sepupunya Yana,
Firash, Farah, Suria, Najla, Iqbal.
" Ala kau ikut jela, tak payah banyak bunyi..
lagi pun bukan kau tahu kawasan kampung ni" kata Firash sambil di sokong oleh Najla dengan anggukkan kepalanya.
" Hmmm.. hahh!! apa kata kita pergi rumah orang kaya atas bukit tu..
rumah dia kita tak pergi lagikan?" jerit Farah kepada sepupu-sepupunya.
" Ish kau ni buat terkejut aku je, kalau tak menjerit tak boleh ke?
bingit telinga aku" marah Suria.
" Opss..!! sory sory sory... ala kau ni itu pun nak marah, relaks sudahlah" balas Farah.
" Hmmm... tu aje yang kau tau, relaks relaks.. nasib aku tak ada sakit jantung, kalau tak dah lama gugur tau.. hahaha.. " balas Suria dalam nada bersahaja.
" Eh dah lah wei, kata nak pergi beraya, jom lah.. kalau tunggu korang pot pet pot pet sampai esok pun tak sudah" tegur Iqbal yang diam dari tadi.
****************
Kenangan itu datang lagi, sudah hampir 15 tahun berlalu. Kenangan zaman kanak-kanak,
yang tak akan dilupakan. Di situ lah bermulanya sebuah cerita yang tak pernah dilupakan.
Waktu itu aku Yana, Farah sudah memasuki umur 12 tahun, Suria 11 tahun, Firash, Najla dan Qayyum 10 tahun manakala Iqbal 9 tahun. Masing-masing duduk berjauhan, hanya pada hari raya saja kami akan bertemu dan berkumpul ramai-ramai. Seperti biasa rumah atok akan penuh dengan sanak saudara yang pulang ke kampung menyambut hari raya.
" Awak?" tegur Qayyum kepada aku pada suatu petang raya.
"ya, kenapa?" soal aku. Tika itu kami beramai-ramai sedang bermandi manda di sungai.
" Tu baju saya" kata Qayyum.
"aah, kite tau la ni baju awak, kenapa?" soal aku pula.
"kenapa basuh?" soal Qayyum lagi.
" ish awak ni, dah kotor kena lah basuh.. baju ni kan warna putih, nanti takut tak tanggal pula lumpur-lumpur pada baju ni. Ni dah siap, kite letak kat sini baju awak ni, jangan bagi kotor lagi ya" jelas aku panjang lebar sambil terus menyelam ke dalam air sungai.
***************
Kenangan itu lagi. Tidak terduga, kenangan itu bisa mengetarkan rasa. Kenangan itu bisa meninggalkan kesan. Rasa yang terpendam, kesan yang tersimpan. Tidak terluah dengan kata-kata.
" Hello, siapa ni?" soal aku
" Gila ke apa, call orang, lepas tu siap boleh tanya ni siapa pula" herdik orang di sebelah sana.
" Hoi, aku tanya ni, kau ni siapa? Macam mana nombor telefon aku, kau boleh pakai pula? soal aku.
" Ah sudahlah, malas aku layan orang gila macam kau ni!" tengking orang di sebelah sana.
" hello, hello, hello... argghh! letak pula.. errrggg! geramnya aku"
" Wei kau kenapa ni?" macam orang gila je aku tengok" soal Ila pada aku.
"Wei agak-agaklah nak cakap orang gila pun"
" Ntah kau ni, dah kenapa kau tiba-tiba marah ni, gaduh dengan boyfriend ek" teka Faziana pula.
*********
BERSAMBUNG.
Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka
Originally By Diana Hana
0 comments:
Post a Comment