Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih

Saturday, July 28, 2012

Jenis-jenis Kurma



Terdapat 1400 jenis kurma di seluruh dunia.
Ini pula 10 jenis kurma yang paling popular


1. Kurma Nabi/Ajwa
Tumbuh di tanah Madinah (Saudi Arabia)
Warna Hitam,tekstur lembut, tidak manis dan rasanya hampir sama dengan kismis.


2. Kurma Sekki

Mempunyai dua warna. Bahagian atas mempunyai warna kekuning-kuningan,
bahagian bawahnya berwarna kecoklat-coklatan. Bahagian berwarna kuning lebih keras sedikit berbanding bahagian coklat yang lebih lembut dan kenyal. Rasa tidak terlalu manis dan tawar.


3. Kurma Barhi

Bertekstur lembut seperti isi durian dan berwarna coklat merah. Rasa manis-manis dan 
dan ada sedikit rasa caremel.


4. Kurma Kholas

Berwarna coklat keemasan dan mirip seperti kurma barhi.
Tekstur yang lembut dan hanya ada citarasa coffee caramel. Kemanisannya hanyalah sedang-sedang saja.


5. Kurma Khidri

Berwarna merah maron gelap. Tekstur lebih kering dan kenyal dan tidak terlalu manis.


6. Kurma Moctaumi

Berwarna sedikit kemerahan. Permukaannya agak kereput dan kenyal
dan rasanya manis.


7. Kurma Sokari

Berwarna kuning kecoklatan. Teksturnya kenyal dan lembut tetapi ada juga jenis yang keras.
Kelihatan sedikit kering dan manis dan paling di sukai di Arab Saudi.


8. Kurma Siraj

Berwarna coklat kemerahan dan berbentuk lonjong.
Tekstur lembut dan manis sedang.


9. Kurma Majol

Berwarna coklat. Rasa sangat manis dan kenyal dan mudah merekah.


10. Kurma Monief

Berwarna coklat terang, mempunyai rasa yang manis sedang.
Serta tekstur yang lembut.











Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

4 comments:

  1. macam2 jenis kurma... tak sah berbuka kalo takde buah ini. hehe :)

    ReplyDelete
  2. banyaknya kurma.. tapi Nurrul tak berapa suka lah..
    kalau kismis Nurrul makan ^^

    ReplyDelete

Originally By Diana Hana