Followers

Selamat Datang Ke Blog Ini Dan Terima Kasih Di Atas Lawatan Anda Di Blog Ini,Jangn Tengok Saja,Baca dan Komenlah di mana-mana entri yaa Dan Satu Lagi Kalau sudi Followlah Sekali Yaa..Tinggalkan Link Anda Di Kotak Shoutbox yaa..Sekian Terima Kasih

Monday, January 30, 2012

Putih Bersih Dengan Sayuran...


Hai semua, bersiaran lagi di pagi hari ni.
Tertarik tak baca tajuk entri kali ni???
hehe..(^_^)
Entri kali ni khusus untuk wanita yang lelaki pun kalau nak cuba, boleh saja.
Pasti tak mengecewakan anda.

Ini adalah tips kecantikkan untuk wajah putih bersih dengan menggunakan sayuran.
Untuk memutihkan wajah, kita hanya perluka labu, timun, dan kacang soya.

Labu yang kaya dengan vitamin B, C, lemak dan protien, dapat mencerahkan dan mengurangkan kesan kemerahan pada kulit. Manakala timun pula, khasiatnya juga dapat memutihkan kulit, dengan syarat tidak mencampurkannya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C. Sementara kacang soya berfungsi untuk diet yang seimbang, melembap dan mengatasi masalah pada kulit.

Cara untuk membuat ramuannya, hancurkan 150 gram labu yang terlebih dahulu telah direbus. Hancurkan sebiji timun yan berukuran panjang sedang dan 50 gram kacang soya dengan menggunakan mesin pengisar.

Setelah membersihkan wajah, jadikan campuran labu tadi sebagai masker dan biarkan selama 20 minit dan bersihkan dengan air yang bersih.











Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Sunday, January 29, 2012

Petua: Untuk Kulit Kering & Kasar


Hai semua, bersiaran lagi kita hari ni. ^_^
Hari ni nak berkongsi sedikit petua dengan anda semua.

Ingin kulit cantik semula jadi??
Mestilah nak kan.. ^_^
Jadi apa lagi, jom serlahkan kejelitaan anda dengan rahsia alam yang tinggi khasiatnya iaitu dengan buah avokado...
Petua kali ini untuk kulit kering dan kasar..

Bahan-bahannya:

1/4 buah avokado
1 biji putih telur
1 sudu makan perahan lemon
2 sudu makan oatmeal.

Cara-caranya:

1) Campurkan kesemua bahan dan kacau hingga rata
2) Kemudian sapukan pada tangan, mulai dari telapak tangan sehingga ke pergelangan tangan
3) Biarkan selama 20 minit
4) Kemudian bilas dengan air suam dan tengok hasilnya.









Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Friday, January 27, 2012

Cheritera Hati: First Giveaway




Hai semua
Join GA lagi hari ni.
Sila klik SINI untuk baca syarat-syarat pernyertaan.

Hadiah??

Tempat Pertama:
1 produk Avail Beauty + 2 shawl inner polkadot + Brooch

Tempat ke dua:
Produk Avail Beauty + 1 shawl inner polkadot + Brooch

Tempat ke tiga:
1 shawl inner polkadot + produk Avail Beauty

Saguhati ( untuk 2 orang pemenang ) :
produk Avail Beauty

Dateline:

3 Februari 2012

Mereka di tag:




Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Thursday, January 26, 2012

Tutorial: Serangga Dalam Blog


Hah! serangga kecil dalam blog!
Macam mana tu??

Ha! ni contohnya:



Itulah contohnya, kalau anda rajin terjah blog orang, mesti ada sesetengah blog tu ada serangga kecil ni kan.
Jadi kalau ada yang teringin nak pelihara serangga kecil tu kat blog anda, jom ikut tutorial ni.

1) Dashboard > Design
2) Klik add a gadget > Klik HTML/Javacript
3) Copy code di bawah ni:

<div id="img" style="position: fixed; left: 5px; top: 20px;">

<img src="http://i600.photobucket.com/albums/tt88/Amalina_2009/ant.gif" />


</div>


4) Paste kan code tadi di HTML/Javacript tadi
5) Dah siap paste, save dan tengok hasilnya.











Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Contest: Warna Hidupku



Hai semua, hari ni saya join satu contest lah iaitu contest daripada Blog Aisyah Humaira

Hadiahnya:
# topup
- pemenang pertama RM50
- pemenang ke dua RM30
- pemenang ke tiga RM10
- pemenang ke empat & ke lima RM5 setiap seorang

Sila klik SINI untuk baca syarat-syarat pernyertaan


Warna yang saya suka ialah putih & unggu.


Saya juga suka warna merah, banyak koleksi baju kurung dan tudung saya berwarna merah.
"amboiiii... tembamnya pipi koi kat atas tu.. hehehe."

Tarikh tutup:

29 Februari 2012

Mereka di tag:







Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Wednesday, January 25, 2012

Yang Ke 200


Hai semua
Sihat ke?
Diharap semuanya dalam keadaan sihat wa'afiat hendaknya ya.

Melihat tajuk entri kali ni mesti ada yang tertanya-tanya
apa yang ke 200 tu??
hehehee.. (^_^)
Untuk makluman, saya dah berblog hampir 7 bulan 1 minggu 1 hari.
belum cukup setahun lagi kan..

Alhamdulillah, sepanjang hidup berblog ni tiadalah serumit dan sesusah manapun.
Saya tulis apa yang saya mahu, saya share apa yang mahu di share bersama anda. Apa yang saya tahu, saya bagi tahu. Pendek kata tak kedekut ilmu orang kata.. hehehe.. (^_^)

Ok lah, berbalik pada tajuk entri ni, kalau nak tahu hari ni saya gembira sangat sebab blog saya dah masuk 200 followers.


Coklat, inilah dia follower yang ke 200 tu, seorang newbie dalam dunia blogger ni. Thanks ya dik.. ^_^


"Hah!, tu aje ke nak bagi tau".. "eleh ada aku kisah, aku punya follower lebih banyak dari kau"..
Mungkin ada yang akan berkata macam tu kan??
Never mind, saya tak ambil hati pun.. (^_^)

Bagi saya tu pembakar semangat untuk terus berblog, dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita manusia di dalam dunia blogger ni. Apa guna ada follower beribu-ribu, tapi sombong untuk bertegur sapakan.. ^_^








Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Tuesday, January 24, 2012

Baju Nikah

 
Hai semua, bersiaran lagi hari ni.
Apa khabar semua?
Sihat ke?
Harap-harap semua sihatlah hendaknya ya.. (^_^)

Dah bacakan tajuk entri kali ni.
Bukannya apa, saja nak share dengan anda semua.
Dalam kepala ni asyik fikir je pasal baju nikah.
Design dan fesyen, jenis kainnya pula macam mana kan..
Jenuh juga nak fikirkannya.. (^_^)

Almaklumlah tak lama lagi orang dah nak kahwin.
Macam-macamlah nak kena prepare kan. ^_^
Dengan bantuan encik google, saya try lah search cari design untuk baju nikah.
Jadi adalah terjumpa dan berkenan untuk dijadikan baju masa akad nikah nanti.
Jadi inilah dia baju-baju yang saya berkenan tu. 


Cantikkan baju ni, sesuai untuk majlis akad nikah
                                                                              
 

Jubah Pengantin
                                     
Baju kurung moden
Jubah pengatin muslimah
                                                                   
Baju kurung moden, kain chiffon

 

 

 




 

Berbaloi juga try google, dapat tengok bermacam-macam design dan fesyen baju akad nikah, tu belum lagi try search baju untuk majlis bersanding, kalau dah tengok mesti rambang mata nak pilih konsep, jenis kain, tema dan sebagainya untuk majlis nanti.








   

                                                                
                                                                       











Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Lirik Lagu: Ost Drama Bicara Hati - Lena AF9


Pinjamkan Hatimu..
Agar dapat aku tunjukkan cintaku..
Moga engkau tahu semua kasihku hanya untukmu..
 Setiap rinduku nyata padamu..

Pinjamkan cintamu..
Agar dapat aku selami hatimu..
Moga aku tahu ikhlasnya kasihmu hanya untukku..
Percaya rindumu nyata padaku..

Bicaralah hati tentang kita..
Bicaralah hati untuk selamanya..
Bicaralah hati dengan rela..
Kau lengkapkan hidupku..
 Sempurnakan cintaku..
Biar hati kita jadi satu.. 



Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Lirik Lagu: Ost Gemersik Kalbu - Obsesiku by Aqasha


Matamu... Bibirmu... Pipimu dan juga senyum mu
Membuat aku lebur hanyut di dalam ghairah keranamu
Tubuh mu..
Harum mu..
Hati mu oh semua aku mahu..

*
Inginku gigit-gigit cuping telinga kecil mu..
Luahkan perasaanku..
Membisikkan aku cinta kamu..
Asmara di setiap pagi harimu..
Dengan harapan agar kau tahu..
Semoga kau tahu..

Ku gilakan mu..
Aura mu memujuk rayu hatiku..
Sering bergoncang jiwa ini..
Siang malam ku gundah..
Tiada melihat wajah mu..
Ku rindu..
Tubuh mu..
Harum mu..
Hati mu..

Oh semua aku mahu..


Ulang *



Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Thursday, January 19, 2012

List Persediaan & Persiapan majlis Perkahwinan


Hai semua, diharap semuanya sihat-sihat belaka. Hari ni ada sedikit perkongsian yang ingin dikongsi bersama anda semua. Dengar title entri ni pun dah rasa macam best je kan..hehe 

Bagi yang ingin merancang melangsungkan majlis perkahwinan diharapkan dapat membantu dengan adanya list ini. Mungkin juga ada yang dah pening memikirkan persiapan untuk hari bahagia ni. Di harap semuanya dalam keadaan yang baik dan terkawal. Merancanglah dengan bijak dan teratur agar hari majlis anda berlangsung dengan jayanya. 

Persiapan Awal

1) Kursus Pra-perkahwinan
2) HIV test
3) Dokumen (semua yg berkaitan)
4) Kad jemputan majlis
5) Setem pos kad jemputan
6) Banner
7) Pilih tema majlis (kedua-dua belah pasangan pengatin)
8) Pilih menu makanan untuk tetamu ( jika menggunakan khidmat katering)

Anda juga boleh masukkan ke dalam list tersebut rawatakan kecantikkan, urutan & spa dan lain-lain lagi yang anda rasakan perlu.

Majlis Akad Nikah

1) Baju nikah, tudung, dan veil (perempuan)
2) Baju nikah, samping, dan songkok (lelaki)
3) Upacara batal air sembahyang (rantai, cincin, gelang tangan)
4) Mas kahwin
5) Upah kadi
6) Doogrift ( contoh: bunga telur, cenderamata, kuih, sweet)
7) Bantal duduk
8) Photographer
8) Make up (mak andam)

Majlis Sanding

1) Baju sanding, tudung, dan veil (perempuan)
2) Baju sanding (lelaki)
3) Make up & aksesori
4) Bunga tangan
5) Pelamin
6) Pintu gerbang
7) Bunga mangar
8) Kompang
9) PA system
10) Photographer
11) Baju family
12) Pengapit
13) Wedding cake
14) Hiasan meja beradap
15) Meja tetamu & khemah
16) Bunga/ Bunga penangah
17) Hiasan bilik pengatin
18) Doorgrift (contoh: bunga telur, kuih, sweet) 

Jika ada yang tertinggal atau nak tambah apa-apa silakan. Diharapakan dapat membantu anda-anda yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan nanti.




Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Tuesday, January 17, 2012

Kranberi Untuk Kesihatan Gigi & Kulit



Hai semua, hari ni saya nak share sedikit info dengan anda semua. Bagi yang ada masalah kesihatan gigi dan kulit info ini amat berguna untuk anda. 

Buah kranberi bukan saja menghalang jangkitan pundi kencing, tetapi turut berupaya mencegah bakteria daripada melekat pada gigi sekaligus menjadikan gigi berada dalam keaadaan bersih nagi tempoh yan lebih lama. Masalah nafas berbau juga dapat diatasi dengan kranberi kerana keupayaanya memusnahkan bakteria berbau busuk penyebab nafas berbau.

 

Bukan itu sahaja, buah kranberi juga mampu mencantikkan dan menyihatkan kembali kulit kusam dan berkedut. Malah kemampuan buah beri itu dalam menyerap radikal oksigen atau ORAC dipercayai dapat mencerahkan dan meremajakan kulit.

Kranberi juga dikatakan mampu menguatkan dan menyihatkan otot serta tulang kanak-kanak. Di samping turut berkesan menjaga kesihatan kulit dan mengurangkan risiko jangkitan penyakit.





Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

First Giveaway By Butik fiQ'Ra"




Hai semua, hari ni join GA lagi. Kali ni daripada GA Butik fiQ'Ra". GA ni diadakan sempena pembukaan butik tersebut. 

Hadiahnya pun menarik, anda boleh tengok hadiah kat SINI
Jom join GA ni.

Tarikh Tamat:

31 Januari 2012

Si gadis di tag: 




Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

2012 Special Giveaway

 


Hai semua, hari ni saya sertai lagi satu GA. Tengok bannernya sangat menarikkan?? Teha Dessert bunyinya macam makanankan?? Kalau ingin tahu lebih lanjut tentang GA ni sila klik SINI

Hadiahnya pun tentu ada yang suka. Kalau nak tahu apa hadiahnya sila klik yang INI JUGA ataupun klik yang INI.
 
Kalau di tengok pada bannernya, anda mungkin dapat agak hadiahnya apakan. Jadi jomlah join GA ni. Anda pasti suka!

Tarikh Tamat:

31 January 2012 

Si dia di tag: 

Erynlycious



Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Friday, January 13, 2012

1st Ever Contest By Eryn Edrina

 


 

Wah ada contest, macam menarik je bunyinya. Mana tak menarinya, mestilah manarikkan, membabitkan dunia perfileman di Bollywood lagi tu.

Pada tahun 1990-an dulu negara kita dibanjiri dengan filem-filem dari bollywood. Bagaikan tsunami, petik radio dengar lagu tu, bukak tv tengok cerita tu. Pendek kata filem-filem bollywood pada masa tu boleh diterima oleh masyarakat di negara kita pada masa tu. 

Saya masih ingat lagi CD cerita hindi pertama yang abah saya beli iaitu cerita Badshah, lakonan Shahrukh Khan & Twinkle Khanna (isteri kepada Akshay Kumar). Dari situlah saya mula jatuh hati dengan cerita-cerita hindi. Filem-filem yang menarik, irama lagu yang merdu, tarian yang memukau, dengan jalan cerita yang tak meleret-leret dan memenuhi citarasa kita sebagai penontonnya. 

Kadang-kadang boleh tersentuh juga emosi kita contohnya seperti dalam filem Kuch-kuch Hota Hai, part pertandingan speech, sungguh tersentuh emosi apabila si cilik Anjali tidak dapat bercerita mengenai ibunya Tina yang hanya dikenalinya melalui surat-surat yang ditulis oleh ibunya. Berguguran jua air mata ini.

Itu serba sedikit ringkasan mengenai dunia perfileman bollywood.

1) Dil Ne Yeh Kaha - Filem Dhadkan (2000)
lakonan: Shilpa Shetty, Akshay Kumar, Sunil Shetty

Irama muziknya sungguh indah pada pendengaran saya, dan lirik lagunya amat bermakna dan senang diingati.

 

2) Zoobi doobi & Give Me Some Sunshine - 3 Idiots (2009)
Lakonan: Aamir Khan, Kareena Kapoor, R Madhavan, Sharman Joshi.

Bagi lagu Zoobi Doobi, latar belakang klik vedionya sungguh cantik, walaupun hanya di rakamkan dalam studio.Gandingan Aamir Khan & Kareena Kapoor dalam lagu ni sangat superb! rentak lagu yang rancak dan kelakar.

Give Me Some Sunshine- lirik lagunya penuh dengan maksud harapan seseorang yang ingin diberi peluang sekali lagi. 

Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again..

 

Kalau nak join contest ni sila klik SINI untuk baca syarat-syaratnya.

Dia di tag: Princessfiffy











Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Blitz Give Away 2012



 

Hai join GA lagi..hehe

Syarat-syarat penyertaan:


Hadiahnya pun boleh tahan juga.
Jom tengok hadiah, sila klik SINI JUGA 

Dah tengokkan hadiahnya, apa lagi jomlah join.

Tarikh tutup:

29 Januari 2012


Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

First GiveAway By Onitsukahana



 

Syarat-syarat pernyertaan boleh tengok: 

Hadiah pulak boleh tengok kat sini:

Warna yang saya suka ialah warna purple

Tarikh Tamat:

10 mac 2012


Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Thursday, January 12, 2012

Daun Salad Atasi Masalah Pencernaan


Hai selamat tengah hari semua. 
Dah makan tengah hari ke?? kalau dah makan, alhamdullilah..
Bercerita tentang makan, saya ada sedikit info untuk dikongsi bersama anda semua. Tahukah anda daun salad boleh mengatasi masalah percernaan???  Betulkah?? 
Kalau ingin tahu, jom baca tentangnya....

Kaya selulosa membuatkan daun salad segar ampuh dalam mengatasi masalah pencernaan yang dihadapi oleh individu tertentu. Fungsi pelawas yang terdapat di dalamnya berupaya mengurangkan infeksi usus besar, melancarkan sistem pencernaan sekali gus mengatasi masalah sembelit serta penyakit-penyakit lain berkaitan perut.

Campuran jus daun salad bersama jus limau nipis, daun pudina dan sedikit madu pula efektif dalam merawat penyakit dispepsia, mual, muntah-muntah, ketidakhadaman, demam kuning, dab buasir.

Manakala kandungan garam mineral yang tinggi membuatkan daun salad ampuh dalam mengurangkan kadar asid dalam tubuh yang berpunca daripada makanan. Selain itu, dauun salad juga membantu membersihkan darah, meningkatkan daya pemikiran dan memperbaiki kesihatan tubuh individu secara menyeluruh.  



Terima Kasih Kerana Sudi membaca Entry Saya!Like Kalau Suka

Originally By Diana Hana